Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

16 May 2011

Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua sahabat sekalian. Alhamdulillah, dengan limpah, rahmat dan kurnia-Nya dapat kita dipertemukan lagi dalam blog Nisa' Kawasan Tawau. Sedar tak sedar tiga tahun telah berlalu dan saf kepimpinan Nisa' telah pun beralih pimpinan.

Kepada pimpinan yang lama, terima kasih diucapkan kerana telah menerajui gerak kerja Nisa' sepanjang berada dalam Nisa' Kawasan Tawau. Semoga masih lagi tetap istiqamah dalam landasan dakwah ini. Insya allah. Segala tunjuk ajar, bimbingan dan juga nasihat amatlah dialu-alukan kepada saf pimpinan yang baru sahaja menerajui kepimpinan Nisa' pada tahun ini. Perlu diingat bahawa kita hanyaah mata rantai perjuangan. Bukan kita yang menjadi pemula ataupun penghabisan kepada perjuangan tersebut tetapi kita hanya menjadi penerus kepada perjuangan yang dibawa oleh nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda, insya allah.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang lain kerana mendapat amanah dan kepimpinan yang baru dalam Nisa' Kawasan Tawau sesi 2011/2013. Semoga dengan amanah yang diberikan itu, kita dapat melaksanakannya semaksima mungkin untuk membantu menyuburkan gerakan dakwah di bumi Tawau ini khususnya. Harapan yang tinggi juga kepada Nisa' Kawasan Tawau agar kepimpinan pada sesi ini lebih mantap untuk merealisasikan visi persatuan iaitu menjadi penghubung generasi muda. Semoga amanah yang diberikan dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Sekian..

No comments:

Post a Comment