Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

26 January 2009

Lensa Indoor Games@Kota Kinabalu


Majlis penutupan


Snake & Ladders gergasi

Kontinjen Nisa' Tawau layak ke final..[tapi tidak berjaya meraih pingat] huhu
"Orang kuat" Indoor Games

Dart..

Ada gaya lah..

Antara gerai yang memeriahkan suasana


Peserta dari SMK (P) Likas

Peserta dari SAHABAT (persatuan muallaf sabah)
Ceper yang comel

25 January 2009

Kisah ketika NISA' INDOOR GAMES @ Kota Kinabalau


Alhamdulillah..Seramai enam orang kontinjen Nisa' Kawasan Tawau berjaya menghadirkan diri ke Nisa' Indoor Games peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 24-25 Januari lalu. Ternyata niat awal untuk sekdar menjadi pemerhati dan memeriahkan program berubah sama sekali apabila ketua kontinjen, Cik Aisyah Izzah memutuskan agar kami berlima (Aisyah, Hasnuri, Rosnah, Jumriati dan Amirah) turut serta dalam serta setiap "games" yang dipertandingkan. Cik Fatmawaty yang juga mewakili kawasan Tawau tidak menyertai kontijen bumi peladang kerana diamanahkan untuk membantu urusetia program menyelesaikan beberapa perkara yang belum selesai.

Mahu tidak mahu, terpaksa wala' pada arahan "bos". Walau dengan kostum yang tidak sesuai untuk bermain (berjubah dan berbaju kurung) kami rempuh sahaja. Janji kami menunjukkan semangat bermain yang tinggi dan berniat hanya untuk memeriahkan majlis. Bukanlah untuk meraih pingat dan hadiah. Tapi kalau menang, Alhamdulillah..rezeki namanya. Dalam 5 acara yang dipertandingkan (dart, dam, ceper, karom dan snake & ladder), kawasan Tawau berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan dart dan ke peringkat akhir dalam pertandingan ceper dan snake & ladders (tapi kalahlah.. :)). Kami tidak menyangka ada juga piala yang di bawa balik. Alhamdulillah...

Apapun jua, kami sangat kagum dengan Nisa' Kota Kinabalu selaku tuan rumah yang bersungguh-sungguh merealisasikan amanah Nisa' Negeri untuk menganjurkan Indoor Games ini. InsyaAllah, tahun hadapan kami ingin ke Sandakan pula. Harap Nisa' Sandakan bersedia menerima kunjungan kami. Kali ini kami janji akan lebih bersedia dan memberi saingan yang sengit (Nisa' Sandakan antara kontinjen terbaik sepanjang Indoor Games).

Jutaan terima kasih juga kami ucapkan buat Che' Na dan Muaz yang sudi menumpangkan kami dan melayan karenah kami sepanjang berada di Kota Kinabalu. Terasa benar manisnya ukhuwwah yang diikat dengan ikatan akidah ini. Walau baru bersua, terasa sudah ada ikatan hati yang telah tersimpul erat.

Akhirnya, sekalung tahniah buat semua yang telah menjayakan Nisa' Indoor Games samada sebagai barisan penganjur mahupun peserta. Sesungguhnya komitmen yang telah ditunjukkan merupakan usaha murni dalam membuktikan bahawa sukan ataupun permainan tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Asal saja apa yang dilakukan menurut batasan syariat. Sesungguhnya usaha sebegini adalah langkah proaktif NISA' menyedarkan masyarakat bahawa Islam itu cara hidup yang syumul lagi sempurna..


21 January 2009

NISA' INDOOR GAMES 2009

TARIKH : 24 Januari 2009 (SABTU)
TEMPAT : Ruang Letak Kereta Mahkamah Syariah (Wisma Muis) & Madrasah Islamiyah Masjid Negeri, Kota Kinabalu
MASA : 7 pagi- 5.30 petang

Menarik menanti anda!

ACARA:

(10.00 AM - 12.00 PM)

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
(Walk-in / Terbuka)
Kategori A: 4 - 6 tahun
Kategori B: 7 - 9 tahun

Pertandingan Word Power
(Walk-in / Terbuka)
Kategori A: 10 - 12 tahun
Kategori B: 13 - 15 tahun

Penyampaian Hadiah Pertandingan


DEMONSTRASI:
Demonstrasi Seni Pertahanan Diri
(10.00 AM - 12.00 PM)
Taekwan - Do
Seni Silat Gayong

Demonstrasi Masakan
(11.00 AM)
" 30 - Minutes Healthy Cooking "
Oleh: Chef Shangri - La Hotel

Sebarang persoalan, sila hubungi: Ain - 0199893720 / Suhaina - 0138309144

"Jangan ketinggalan raikan bersama
Program seisi keluarga, serumpun masyarakat"

19 January 2009

Sekitar Kursus Pengurusan Organisasi

sesi soal jawab

adik-adik ajk pendaftaran yang sedia menanti seawal pagi lagi..



Pn. Hajah Hasnah (Timb DMPKT) membentangkan kertas kerja 1






khusyuk mendengar taklimat




Isu Palestine : Kata mereka..

Kempen ganas Israel terhadap Jalur Gaza telah membuka mata semua orang di dunia. Tak terkecuali artis-artis Hollywood. Ada yang mengutuk namun juga ada yang mendukung. Namun kebanyakan dari mereka menyumpah Israel. Tak sedikit dari mereka yang turun langsung memberikan bantuan dan melakukan aksi. Minggu ini pemuzikMichael Heart menciptakan lagu We Will Not Go Down, yang seluruh hasil penjualannya diserahkan kepada rakyat Palestin.

Berikut ini komentar artis-artis Hollywood atas pembantaian yang terjadi di Gaza.


“Orang Arab adalah sumber terorisme di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa menyisakan satu orang pun. Saya harap Israel menghancurkan mereka.”
TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai)
*Satuumat- Orang gila ini beragama Sciencetology. Semoga negara-negara Islam memboikot filem-filemnya.


“Keduanya, baik Palestin ataupun Israel, salah. Mereka mesti menghentikan perang ini.”
WILL SMITH - (Ali, Men In Black)
*Boleh tahan le walaupun masih tak betul anggapannya. Maklumlah... cari makan.

“Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.”
GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin)
*Satuumat-Hidup Batman!


“Bangsa Arab dan orang Islam bukan teroris. Dunia harus bersatu melawan Israel.”
ANGELINA JOLIE - (Lara Croft)
*Satuumat- Tak sia-sia Tuhan anugerahkan bibir tercantik kepadamu kerana sekurang-kurangnya engakau melafazkan kata-kata yang indah ini.


“Bangsa Arab hanya parasit untuk dunia ini, dan mereka mesti ditumpaskan habis.”
RICHARD GERE - (Pretty Woman)
*Satuumat- Kalau engkau mati ditembak oleh pengganas satu hari nanti, faham-faham sajalah.


“Kita selama ini hanya berkata dari sudut pandang yang mempunyai kekuatan, bagaimana kalau kita ada di posisi yang lemah?”
SEAN CONNERY - (James Bond)

“Zionis adalah sumber kehancuran. Saya berharap saya dapat melawan mereka.”
MELL GIBSON - (Lethal Weapon, Brave Heart)
*Satuumat- Sikapmu yang menentang kezaliman AS dan Britain sangat dihargai. Semoga Islam menjadi pilihanmu.

“Coba pelajari sejenak sejarah Yahudi, maka anda akan tahu, siapa yang sebenarnya PENGGANAS.”
AL PACINO - (The Godfather)
*Satuumat- Bagus, engkau nampaknya seorang yang berpelajaran tinggi.

“Kemanusiaan akan dapat ditegakkan di dunia jika negara Israel sudah berdiri.”
DUSTIN HOFMAN - (Tootsie)
*Satuumat-Beginilah cakap-cakap orang tak ada pelajaran dan kesedaran.


“Kita sekarang hidup di zaman di mana yang kuat memakan yang lemah. Kita tak lebih baik daripada bangsa Arab.”
RALPH FIENNES (Shakespeare In Love)


“Jika bangsa Arab kuat, mereka akan menghancurkan dunia. Maka sekarang, kita harus menghancurkan mereka.”
KEANU REEVES - (Speed, Matrix)
*Satuumat- Ada betulnya juga kata-katamu ini jika yang ditujukan itu ialah kepada pemimpin-pemimpin Arab hari ini.


“Bangsa Arab lebih hina daripada binatang, dan kita Yahudi adalah bangsa terpilih. Tak ada lagi pertanyaan mengenai hal itu…”
HARRISON FORD - (Indiana Jones, Air Force One)
*Satuumat- Yah, bangsamu memang dipilih untuk menjadi bahan bakar api neraka jahannam.

* dipetik dari : http://satuumat.blogspot.com

KEMPEN BOIKOT TERFOKUS!!!




JANGAN TANGGUH DAN TUNGGU LAGI..
BOIKOT SEKARANG!!!!

Salam Kemenangan


Masih belum terlewat rasanya menyampaikan salam tahniah atas kemenangan PAS dan PAKATAN RAKYAT pada pilihanraya P.036 KUALA TERENGGANU.


Nisa' Kawasan Tawau mendokong dan menyokong usaha PAS menawan Kuala Terengganu bukan atas nama PAS itu tetapi kerana dasar dan apa yang diperjuangakan oleh PAS adalah selari dengan apa yang diperjuangkan dan dibawakan oleh ISLAM. Andainya sebelum ini, parti yang berjaya menawan Kuala Terengganu adalah sebuah parti yang mendokong dan menjunjung syariat Islam, pasti Nisa' akan menyokongnya. Nisa' hanya mahu bersama-sama dengan sesiapa atau apa-apa yang bersama-sama dengan syariat ISLAM.


Semoga amanah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada PAKATAN RAKYAT bakal disempurnakan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.

17 January 2009

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

Kursus Pengurusan Organisasi

TARIKH : 18 Januari 2009
TEMPAT : Pasti Taman Ria
MASA : 8 am- 4 pm
ANJURAN : Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau
Semua Ahli Nisa' dijemput hadir...

Tahniah..berjaya berdemo!!!

Syukur Alhamdulillah..Demonstrasi membantah kekejaman Yahudi-Amerika telah berjaya dilaksanakan semalam seusai solat jumaat di hadapan pintu Masjid Al-Kauthar. Kehadiran ahli-ahli PAS dan pemimpin pakatan rakyat yang lain menyemarakan suasana demonstrasi.

"Ini yang pasal Palestine tu ka?" Tanya dua orang makcik yang kebetulan lalu.
"Iya makcik. Kita bangkang sebab Yahudi dengan Amerika jahat betul. Kita kan jauh, jadi inilah yang boleh kita buat" Terangku ringkas.


Makcik yang mengangguk tanda faham itu, tidak berganjak langsung sepanjang demo dijalankan. Bahkan mereka sangat bersemangat ikut bertakbir dan melaungkan kata protes.

Walaupun terdapat juga suara-suara sumbang mengkritik usaha yang di jalankan oleh PAS kawasan Tawau ini, Namun suara-suara sumbang itu kami abaikan saja. Dengan anggapan, mereka itu kurang ilmu, kurang sensitiviti. Tetapi terlebih benci pada PAS yang merupakan seteru kepada parti yang memerintah.

Sesungguhnya usaha ini sangat kecil berbanding apa yang dialami dan dideritai oleh saudara-saudara kita di Palestine. Namun, mengambil ikhtibar kisah beburung dengan Nabi Ibrahim, maka apa jua usaha yang mampu dilakukan perlu dilaksanakan.

Semoga semua ahli Nisa' terutamanya di Kawasan Tawau, terus komited menunjukkan kesungguhan mengecam tindakan penuh biadap Yahudi-Amerika.


14 January 2009

BUKTIKAN KEBENCIAAN ANDA PADA ISRAEL..


Kekejaman Yahudi-Amerika sudah tidak boleh dimaafkan lagi. Darah dan nyawa umat Islam di Palestin yang halal bagi mereka bagai tiada nilainya. Ayuh..buktikan persaudaraan kita. Palestine milik kita..milik umat ISLAM.


Buktikan iltizam kita membantu saudara-saudara kita di GAZA..

jom berdemo!!!!



"Ingatlah, barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka." (Maksud Hadith)



09 January 2009

PALESTINE MILIK KITA!!!

Ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tu
a yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan "Ya Allah, perkuatkan saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan ba
ntulah hamba-hambaMu yang beriman"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami baha
wa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan
sebagai muhahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-berbagainya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermay
anya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami.

Masuk hari ke 14 Palestine digegarkan, terus dibedil tanpa belas ihsan. Nyawa yang terus terkorban hampir mencecah
800 orang, ribuan cedera parah. Diplomasi terus samar, gencatan senjata masih kabur. Yahudi laknatullah dan sekutunya terus mendabik dada, angkuh, bongkak dan sombong.
"Olmert dalam kenyataannya yang terbaru(semalam) menyatakan operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan meskipun Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengeluarkan ketetapan berhubung perang di Gaza, yang utamanya adalah 'menghentikan segera serangan antara kedua belah pihak'.Olmert juga menegaskan, tentera Israel tidak akan berundur selagi beberapa sasaran dan matlamat tidak tercapai."
Mari terus berdoa, terus berdemo, terus menderma dan terus memboikot barang dan produk Yahudi dan Amerika Syarikat. Palestine milik KITA!!!