Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

17 January 2009

Tahniah..berjaya berdemo!!!

Syukur Alhamdulillah..Demonstrasi membantah kekejaman Yahudi-Amerika telah berjaya dilaksanakan semalam seusai solat jumaat di hadapan pintu Masjid Al-Kauthar. Kehadiran ahli-ahli PAS dan pemimpin pakatan rakyat yang lain menyemarakan suasana demonstrasi.

"Ini yang pasal Palestine tu ka?" Tanya dua orang makcik yang kebetulan lalu.
"Iya makcik. Kita bangkang sebab Yahudi dengan Amerika jahat betul. Kita kan jauh, jadi inilah yang boleh kita buat" Terangku ringkas.


Makcik yang mengangguk tanda faham itu, tidak berganjak langsung sepanjang demo dijalankan. Bahkan mereka sangat bersemangat ikut bertakbir dan melaungkan kata protes.

Walaupun terdapat juga suara-suara sumbang mengkritik usaha yang di jalankan oleh PAS kawasan Tawau ini, Namun suara-suara sumbang itu kami abaikan saja. Dengan anggapan, mereka itu kurang ilmu, kurang sensitiviti. Tetapi terlebih benci pada PAS yang merupakan seteru kepada parti yang memerintah.

Sesungguhnya usaha ini sangat kecil berbanding apa yang dialami dan dideritai oleh saudara-saudara kita di Palestine. Namun, mengambil ikhtibar kisah beburung dengan Nabi Ibrahim, maka apa jua usaha yang mampu dilakukan perlu dilaksanakan.

Semoga semua ahli Nisa' terutamanya di Kawasan Tawau, terus komited menunjukkan kesungguhan mengecam tindakan penuh biadap Yahudi-Amerika.


No comments:

Post a Comment