Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

28 June 2011

Coretan Rasa Nisa' Games 2011

Antara barisan Ajk Nisa' yang banyak memberikan sumbangan, bertungkus lumus menjayakan Nisa' Games pada kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua.. Insya allah kita akan berjumpa lagi pada Nisa' Games yang akan datang.



Antara barisan Ajk Nisa' Games pada kali ini.. Semangat menjaga track perlawanan..


Setelah, program selesai, urusetia mengisi tenaga dahulu nsebelum acara pembersihan dilakukan..Ukhuwahafillah terasa sangat..



Cenderamata daripada Nisa' Kawasan Tawau kepada perasmi iaitu Pn Asiah Ahmad



Medal diberikan kepada setiap pemenang yang memenangi acara Bola Tampar dan Bola Jaring..


Pn Asiah Ahmad menyampaikan hadiah kepada para pemenang..


Kalah dan menang, merupakan mulrah dalam perlawanan. Yang penting semangat kerjasama dalam pasukan



Peserta pertandingan Bola Tampar bersalaman dahulu sebelum memulakan perlawanan. Semangat kesukanan tetap terjalin padu...


Abang Akmal Riduwan, salah seorang pengadil pertandingan Bola Tampar..



Antara barisan pencatat markah..



Itu dia.. SENGIT!! Antara dua kumpulan.. Pengadil fokus melihat cara permainan mereka..



Antara dua kumpulan..


Semangat kesukanan tetap dititikberatkan..Persaingan secara sihat!!



Antara kumpulan yang bermain ..Wah, dik semangat sungguh main ya..



Inilah pengadil kami yang mengadili pertandingan bola jaring.. Sangat strict dengan peraturan


Kek ini ditaja khas oleh Syrkt Hjh Elly. Sedap sungguh keknya. Terima kasih Syrkt Hjh Elly..



Pn Asiah Ahmad bersama dengan Pn Zaiton Ahmad merasmikan Nisa' Games 2011 pada kali ini. Acara perasmian Nisa' Games ialah potong kek.


Pn. Asiah Ahmad merupakan perasmi jemputan khas untuk merasmikan Acara Nisa' Games pada kali ini..



Pengarah Nisa' Games 2011, Sdri Ramlah Mukhlas memberikan sepatah dua kata kepada hadirin yang menyertai Nisa' Games 2011 pada kali ini.


Penyertaan yang hangat daripada remaja-remaja sekolah..
Siap ada buat team lagi..



Ibu-ibu juga menyertai pertandingan bola tampar..MANTAP!!



Peserta-peserta mengambil peluang untuk bergambar sebagai tanda kenangan..


Urusetia bersemangat memmpin acara senamrobik.. Chaiyo2x



Urusetia yang mengendalikan acara senamrobik. Wah, bersemangat sungguh urusetia memimpin acara senamrobik



Semua peserta serentak melakukan aktiviti senamrobik


Khusyuk mendengar taklimat daripada urusetia sebelum menjalankan senamrobik



Semua peserta semangat melakukan aktiviti senamrobik..


Acara senamrobik bermula.. Semua peserta terlibat dalam acara senamrobik.


Inilah antara pemuda-pemuda yang turun padang bagi menjayakan NIsa' Games kali ke-3. Mereka bertungkus lumus mengatur P.A Sistem agar perjalanan program berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada Unit Amal Kawasan Tawau kerana membantu..


Wah, semangat betul menulis teks. Pengerusi majlis yang mantap.. Tahniah !!



Banner Nisa' Games Kali ke-3..


Pamphlate "NISA' satu pengenalan" diberikan kepada semua peserta yang menghadiri program tersebut. Ingin memperkenalkan Nisa' kepada masyarakat umum..



Sesi pendaftaran peseta. Seawal jam 7.30 pagi, pendaftaran telah pun dibuka. Bersemangat Ajk pendaftaran, dengan muka yang ceria di pagi hari.




Cerita pengembaraan bermula di sini... Nisa' Games 2011 kini telah pun berlangsung... Maaf ye..lewat uploadnya..Inilah antara pengalaman yang sempat dilakar dabentuk gambar untuk dan diuploadkan dalam bentuk gambar untuk kenangan bersama..


12 June 2011

Nikah di jalan dakwah

Assalamualaikum, pembuka bicara pada kali ini. Pada kali ini, insya allah kita bersua kembali selepas lama sudah tidak meng'update' blog. Kali ini, topik perbincangan yag agak hangat sudah tentu yang akan menarik minat kalian duhai teman untuk membacanya. Diharap semua dapat membacanya dan menerima dengan hati terbuka..

Kita selalu acap kali mendengar akan perkataan dakwah. Namun begitu, adakah kita benar-benar faham akan makna perkataan 'dakwah' itu? Sedar tak sedar, kehidupan seharian kita juga berkisar tentang dakwah. Dakwah yang berkesan adalah jika kita mempunyai jiwa yang kuat..Kuat dari segi fizikal mahupun mental dan juga jangan lupa kita sebagai seorang muslim hendaklah sentiasa kuat dari segi rohani. Seorang sahabat saya pernah berpesan "Dik, kita ni bukan sahaja kena kuat dari segi luaran tetapi juga kena kuat dari segi dalaman. Kalau kita kuat dari segi dalaman, Insya allah, apabila teguh hati kita, Allah akan permudahkan untuk luaran juga." Kata-kata yang memberi kesan kepada sesiapa yang mendengarnya.

Dakwah..sangat simple perkataannya tetapi amat berat untuk dilaksanakannya. Salah satu entiti yang perlu ada untuk dakwah kita menjadi berkesan ialah melalui akhlak salah satunya. Ya.. Akhlak. Bagaimana akhlak dapat mempengaruhi sesuatu dakwah yang disampaikan? Jawapannya ialah sudah tentu akhlak yang baik akan ramai mad'u (golongan sasar) akan tertarik dengan intipati yang ingin disampaikan kerana ramai yang akan menghormati kita kerana akhlak mahmudah yang boleh dijadikan sebagai 'qudwatun hasanah'. Bayangkan kalau kita menunjukkan akhlak yang buruk atau akhlak 'mazmumah', sudah tentu ramai yang tidak akan 'respect' kita kerana akhlak kita yang tidak baik itu. Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, sudah tentu kita akan dipermudahkan dari segi penyampaian dakwah kita. 'Hablum minallah (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia) kena jaga.

Tanpa kita sedari, dakwah merupakan satu kewajipan sama ada kita rela ataupun tidak, suka ataupun tidak kita WAJIB melaksanakannya. Bagiku, jalan dakwah inilah jalan yang kita perlu nikahi. Ni secara tamsilannya. Apabila kita bernikah di jalan dakwah, sudah tentu kita tidak akan temui karpet merah. Pasti akan lalui detik-detik sukar yang penuh dengan ranjau dan duri, mehnah dan juga tribulasi. Namun begitu, jalan dakwah ini walaupun berat dan sukar tetapi dalam susah ada senangnya, dalam perit ada manisnya, dalam duka ada gembiranya, dalam sakit ada baiknya. Usrah Nisa' pada bulan lalu dengan sahabat seperjuangan masih lagi segar di ingatan. "Bukan semua yang terpilih dalam jalan dakwah. Kita akan tertapis. Dan bukan semua yang akan mengalami roh di jalan dakwah ini. Hanya insan terpilih oleh Allah sahaja." Benar, duhai teman.. Bukan semua yang terpilih untuk berada di jalan dakwah ini. Jadi, kita yang sudah Allah pilih ini hendaklah mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada-Nya dan jangan sesekali bangga diri dan takbur duhai teman kerana itulah agenda syaitan, iaitu untuk menyesatkan keturunan Adam.

Seperti yang dikatakan tadi, apabila kita ingin bernikah di jalan dakwah, sudah tentu akan ada ujian, mehnah dan tribulasi yang akan ditempuh. Akan ada yang mencerca, menghina mahupun menghalang jalan kita.

Firman Allah dalam surah Al- Ankabut ayat 2-3

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"

Tika kita menghadapi situasi ujian inilah pelbagai perasaan yang akan timbul dalam benak. Marah, risau, takut, geram dan pelbagai perasaan yang lain. Itu ujian tika kita mengalami kesusahan. Lain pula ceritanya jika kita dikurniakan nikmat oleh Allah sama ada berupa kesihatan, kegembiraan dan juga kekayaan. Itu pun salah satu ujian juga yang kena ditempuh oleh insan yang bergelar hamba. Namun jika keimanan dan ketakwaan kita kuat, ribut badai yang menimpa sekalipun yang akan bakal ditempuhi sama ada susah senang mahupun pahit manis dalam resam kehidupan sebagai seorang dai'e ini, semuanya kita terima dengan pergantungan dan harapan yang tinggi kepada Allah.
Itulah risiko-risiko yang akan bakal dan akan lalui jika kita bernikah di jalan dakwah ini kerana jalan dakwah ini merupakan jalan pentarbiahan bagi diri kita dan juga bagi diri orang lain bagi menegak dan meninggikan syiar Islam kukuh terpasak di bumi ini. Jalan dakwah bukanlah jalan yang senang, ianya merupakan jalan yang berliku yang perlu ditempuh dengan sabar serta berbekalkan keimanan dan ketakwaan yang tinggi terhadap Allah. Ramai yang terkandas di jalan dakwah ini . Allah akan menapis setiap daripada kita dalam meniti jalan-jalan dakwah ini. Macam-macam tapisan Allah terhadap hamba-Nya.

Ada yang dahulunya aktif semasa alam persekolahan kerana mendapat tarbiah dan pendedahan awal tetapi apabila berada di universiti menjadi kurang aktif kerana risau akan diri yang berstatus mahasiswa. Ada pula yang aktif semasa berada di universiti tetapi apabila sudah ber'graduate' semakin malap apabila berada di kawasan kerana masih merasakan diri berstatus sebagai mahasiswa. Ada juga yang aktif tetapi setelah sibuk dengan kerjaya yang dibina, makin malap dalam gerak kerja dakwah ini dengan alasan ingin menyesuaikan diri dan menumpukan sepenuh perhatian dulu terhadap kerjayanya yang baru. Ada juga yang aktif semasa masih berstatus 'single' yakni belum berumahtangga tetapi apabila sudah mendirikan masjid, bukan salah satu yang malap tetapi kedua-duanya menjadi semakin malap dengan gerak kerja kerana merasakan perlu memberikan komitmen dalam baitul muslim yang ingin dibina. Ada juga yang masih lagi aktif apabila berada dalam alam perkahwinan tetapi gagal mempertahankan diri dan juga pasangan apabila dikurniakan anak. Nak fokus dengan anak.. Ada juga yang rasa dirinya terlalu penat berada di jalan dakwah ini sehinggakan menginginkan kerehatan. Ingin berehat selama 2 tahun dahulu. Penat dalam bergerak kerja, nakkan cuti dulu. Malah, ada juga yang kurang memberikan komitmen dalam mesyuarat (meeting) dan juga perjumpaan tetapi program-program yang besar diikuti dan begitulah sebaliknya.

Macam-macam perangai dan telatah manusia yang akan dilalui. Itulah antara ujian-ujian serta mehna dan tribulasi yang perlu ditempuh dan melalui ujian serta dugaan itulah seorang demi seorang akan melalui tapisan-tapisan Allah. Ada yang baru sedikit diuji sudah jatuh tersungkur dan ada juga yang sudah melalui pertengahan ujian telah terjatuh. Yang paling hebatnya apabila kita rasakan diri kita lemah, rasa ingin terjatuh, dan mungkin sudah terjatuh, segeralah bermohon kepada Allah agar dikuatkan kembali diri yang lemah ini dan minta dijauhkan supaya terus terjatuh sehinggakan kita tertinggal jauh di belakang. Apabila diri rasa sudah jauh tertinggal di belakang, memang amat sukar untuk kembali semula. Tiada kekuatan melainkan dengan taufik dan hidayah Allah.

Amat merisaukan jika kita menggunakan istilah 'rehat' walaupun hanya seketika tidak kira apa pun situasi kita. Kerana kita risau dengan 'rehat' tersebut, kita akan berada dalam keadaan yang selesa seterusnya menjadi semakin malap. Bakat dan potensi kepimpinan yang dahulunya kita gilap semasa berada di kawasan, universiti mahupun ketika kita bergelar sebagai pelajar semakin kurang terserlah kemudian menjadi malap dan akhirnya jauh tertinggal. Apabila sudah jauh tertinggal, diri pun telah diulit rasa selesa, di situlah syaitan memainkan peranannya untuk menjayakan agendanya iaitu untuk menyesatkan manusia. Semakin lama, jarum - jarum hasutan yang menusuk telah tertikam di hati kita sehinggakan lebih mencintai duniawi daripada kehidupan ukhrawi.

Marilah bersama-sama re-check kembali hati kita. Banyak sudah noda-noda hitam, yang menyelubungi hati. Banyak sudah kekotoran. Oleh itu, segera bersihkan hati ini agar kita masih lagi berada di jalan dakwah ini. Jom bernikah di jalan dakwah!! Jadikanlah dakwah itu sebagai pasangan kita yang kita takkan lepaskan walau di mana pun kita berada dan tanpa mengira tempat, masa dan tenaga..

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di entry yang berikutnya.. Sirru ala barakatillah

07 June 2011

Tinta Coretan Kem Remaja Islam (KRIS)

Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan kudrat dan tenaga (kekuatan)untuk menulis lagi. Emm, rasanya, dalam beberapa minggu ini , blog tidak ter'update'. Apa tidaknya, maklumlah, masa tersebut sibuk dengan program KRIS atau lebih dikenali dengan nama KEM REMAJA ISLAM dan juga sibuk dengan program dan komitmen lain. Insya allah hari ini aku akan kongsikan segala pengalaman, jerit dan payah sepanjang kursus tersebut berlangsung.

KRIS merupakan program yang setiap tahun dijalankan oleh Persatuan Siswazah Sabah. Petugas-petugas, Ajk pelaksana dan juga fasilitator yang mengendalikan program tersebut ialah terdiri daripada mahasiswa/i kampus, IPTA/IPTS, maktab, politeknik, matrikulasi, lepasan SPM/STPM, Unit Amal, Nisa' dan juga PERPPIS Bahagian Tawau. Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam tetapi seperti biasa sebagai penganjur, kami selaku Ajk pelaksana datang sehari lebih awal. Sedar tidak sedar program tersebut telah dijalankan selama 6 tahun dan pada tahun ini KRIS sekali lagi memilih Smk Balung sebagai tapak lokasi program.

Persiapan sebelum program berlangsung memang tidak dapat dinafikan, sungguh sibuk. Setiap Ajk sibuk mengurus unit masing-masing. Begitulah keadaannya kerana setiap orang inginkan yang terbaik semasa program tersebut berjalan. Ingat lagi kata-kata yang dilontarkan oleh abi selaku murabbiku dalam Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau.
"Kita ni kalau nak buat kerja Islam, pastikan buat yang terbaik. Jangan buat semberono atau cincai-cincai. Pastikan gerak kerja yang kita lakukan itu bermutu dan berkualiti. Kalau benda-benda yang kurang penting, kita boleh pula buat yang terbaik tetapi apabila masuk dalam gerak kerja dakwah, mengapa pula kita tidak boleh berikan yang lebih terbaik??" Kata-kata itu secara tidak langsung, menyengatku. Tertamparlah juga aku mendengar kata-kata tersebut.

Ternyata jauh juga perjalanan ke Smk Balung. Ini kiranya perjalanan kali kedua aku ke sana. Teringat lagi sewaktu kali pertama aku di sana, itulah program kali kedua yang aku ikuti selepas daripada Program Nisa'. Di sinilah aku banyak belajar perkara yang baru. Seperti biasa, semua Ajk pelaksana akan bermalam sehari lebih awal untuk melancarkan lagi segala gerak kerja. Emm, memang penat. Namun begitu, dalam kepenatan, amanah dan tanggungjawab yang diberikan tetap akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Pada kali ini, aku lihat ramai mahasiswa/i daripada pelbagai lapisan umur dan juga jurusan. Ada dalamkalangan mereka yang merupakan mahasiswa/i kampus, politeknik, maktab, kolej, matrikulasi, lepasan, nisa', unit amal dan tidak lupa juga kepada PERPPIS Bahagian Tawau. Sesi perjumpaan diadakan pada malam tersebut. Dalam perjumpaan tersebut, sesi taaruf diadakan dan kemudian sesi taklimat daripada unit masing-masing dan juga ucapan daripada Pengarah Kris Ke-6 iaitu saudara Sabahrullah Ishak dan juga Penasihat Kris iaitu Cikgu Burhanuddin Sirajuddin.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. 04 Jun 2011, tarikh yang amat mendebarkan. Setiap Ajk pelaksana menunggu ketibaan peserta dengan penuh perasaan debaran. Pelbagai jenis persoalan yang terlontar di kepala ini namun persoalan-persoalan yang menerjah di benak fikiran ini tidak mampu dilontarkan oleh kata-kata. Jiwa penuh debaran sekali. Setiap unit sekali lagi memainkan peranan masing-masing. Jam menunjukkan pukul 08.00 pagi. Kelihatannya terdapat beberapa peserta yang telah sampai awal ke tapak program. Sejam berlalu namun masih lagi belum kelihatan bas yang membawa peserta. Teringat aku akan kata-kata pengarah," Setiap Ajk dikehendaki menyambut peserta dengan senyuman yang paling manis. Jangan ada yang bermasam muka. Ingat, peserta yang mengikuti Kris ini telah bayar RM 15 kepada kita jadi, kita selaku penganjur ni hendaklah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap peserta. Andaikata peserta yang mengikuti ini tidak seramai seperti Kris-Kris yang terdahulu, terimalah dengan reda. Walaupun hanya berpuluh yang datang, terimalah dengan reda."

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Akhirnya persoalan yang bermain di benak fikiranku akhirnya terungkai juga. Bas yang membawa peserta telah datang. Alhamdulillah, hatiku melonjak kegembiraan apabila mendapati 3 bas penuh dengan muatan peserta. Syukur pada-Mu ya Allah, ramai juga peserta yang menghadiri Kris pada kali ini. Sesi pendaftaran pun bermula. Setelah dikumpul, seramai dalam 200 orang peserta Kris yang mengikuti program ini. Kebanyakannya mereka pertama kali menghadiri program Kris ini dan tinjauan kasar yang ku lakukan, ramai penglibatan daripada adik-adik Smk Umas-Umas. Syabas dan tahniah dik kerana menghadiri program di Smk Balung ini. Peserta seperti biasa dibahagikan kepada kumpulan dan fasilitator masing-masing. Setelah itu, nyanyian lagu tema dikumandangkan.. Lagu Malaysia Memanggil diperdengarkan kepada para peseta. Itulah lagu tema Kris pada kali ini. Lagu yang meniupkan semangat kepada kami semua.

Sepanjang 4 hari 3 malam Kris diadakan, aktiviti sepanjang program cukup padat. Diisi dengan pengisian kuliah dasar yang mantap oleh penceramah yang mentap-mantap belaka. Ternyata bukan sahaja para peserta yang mendapat input-input baru tetapi Ajk pelaksana juga mendapat perkara yang sama. Selain daripada kuliah dasar, para peserta juga rancak mengikuti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Setiap kali selepas kuliah dasar dijalankan, LDK akan dimulakan. Ternyata, untuk LDK pada kali ini, para peserta memberikan respon keterlibatan yang menggalakkan. Masing-masing bekerjasama dalam kumpulan. Secara tidak langsung, melalui LDK yang dijalankan, bakat-bakat terpendam juga berjaya dicungkil. Ternyata ramai juga yang mempunyai potensi yang besar. Cuma perlukan lagi gilapan agar potensi itu terus dan terus digilap. Pada mulanya, ramai yang berasa malu apabila disuruh ke hadapan memberikan pandangan tetapi alhamdulillah sifat malu yang tidak bertempat itu dapat dikikis sedikit demi sedikit sepanjang program Kris ini.

Sedar tidak sedar 4 hari telah pun berlalu. Aduh, cepat sungguh masa berjalan . Rasanya seperti baru semalam kami berada di sana. Kali ini, ku rasakan terdapat pembaharuan yang dibuat semasa majlis penutupan berlangsung. Setiap Ajk pelaksana dan juga fasilitator masing-masing (mentee) dikehendaki menyampaikan sesuatu kepada mentee yakni merangkap sebagai adik angkat. Sungguh menarik pada kali ini. Seakan-akan program mentor-mentee tetapi program ini program yang islamik dan tidak seperti Mentor yang disiarkan di Tv 3. Tujuan program mentor-mentee ini diadakan ialah bertujuan untuk mengikat lagi tali ukhuwah adik-adik peserta dan seterusnya menjadikan adik-adik tersebut pelapis di jalan dakwah ini sebagai penerus mata rantai perjuangan. Hari terakhir..seperti tidak disangka.. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang sukar untu ku ceritakan dan dirungkaikan dalam blog ini. Kenangan suka duka dan pahit manis sepanjang mengikuti Kris pada kali ini. Aduh, rindu rasanya aku dengan suasana seperti itu. Memang benar, apabila kita melakukan program Islam, pasti akan ada keberkatannya.

Akhir sekali adalah sesi lambaian ukhuwah. Hatiku menjadi semakin sayu dan pilu untuk berpisah dengan mereka semua. Sungguh rasanya aku tidak mahu kenangan itu berhenti di situ. Ramai adik-adik yang menangis kesedihan kerana pilu hati untuk meninggalkan program itu. Aku yakin dan pasti, mereka juga berasa seronok dengan program ini. Ternyata, dapat ku lihat ukhuwah yang erat antara mentor dan juga mentee, fasilitator dan juga ahli kumpulan serta dengan Ajk pelaksana yang lain. Suasana pada ketika itu sangat sedih. Pasti sesiapa yang melihatnya akan tersentuh hati ini. Hatiku bertambah runtun apabila tiba giliranku bersalaman dengan adik-adik 'mentee' ku. Mengalir juga air mata ini . Pertama kali rasanya aku melihat adikku menangis. Adik yang amat ku kasihi. Luntur juga tembok keegoannya itu. Syukur alhamdulillah, aku dapat meluahkan segala rasa yang terbuku di hati ini kepadanya. Walaupun lidahnya keluh 1001 bahasa dan hanya air mata serta tangisan yang kedengaran di mulutnya, namun aku yakin dia tetap mendengarnya. Pada waktu dan detik itu.. Kepiluan menjalari hati kami. Aku bersyukur adikku itu mengikuti program ini. Semoga adikku dapat pelbaga input daripada program ini. Insya allah, aku yakin dan pasti dengan adikku ini.

Sekian sahaja coretanku pada kali ini. Insya allah kita akan bertemu lagi pada coretan seterusnya. Bagiku, rugi rasanya sesiapa yang tidak menghadiri program Kris ini. Terlalu banyak pengalaman, ilmu dan juga kenangan yang amat sukar untuk dilupakan. Syukur alhamdulillah semua yang menghadiri program tersebut adalah orang-orang yang Allah pilih. Syukur alhamdulillah program tersebut juga berjalan dengan lancar. Kepada para peserta yang mengikuti program tersebut, nantikan program susulan Kris. Semoga segala input yang diperoleh diamalkan bukan hanya sekadar semasa program itu berlangsung tetapi secara berterusan (istiqamah). Syabas dan tahniah juga kepada semua Ajk pelaksana sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program Kris pada kali ini. Sungguh, hanya Allah yang layak membalas-Nya. Kepada adik-adik mentee yang ku sayangi, teruskan mengikuti program-program Islam adikku.

Sepanjang program Kris berlangsung sehinggalah coretan ini ditulis, 10 jari mohon maaf jika terdapat silap dan salah sama ada sepanjang bergerak kerja dengan kamu semua. Begitu juga kepada adik-adik peserta yang mengikuti Kris. Akhir kalam, kamu semua TERBAIK!!