Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

31 December 2010

Salam Hijrah

Salam mahabbah..

Rasanya tidak terlewat bagi Nisa' kawasan Tawau mengucapkan salam tahun baru hijrah pada seluruh umat Islam. Semoga kedatangan tahun baru ini menjadikan diri kita semua semakin hampir kepada Pencipta kita semua, Allah SWT.

Selamat Pengantin baru juga diucapkan kepada pasangan Puan Hafiza Rugain, Puan Lidia Husen & pasangan Puan Aisyah Lamme yang mendirikan baitul muslim masing- masing. Semoga Allah memberkahi pernikahan kalian semua. Bagi yang belum bertemu jodoh, mudah- mudahan giliran kalian selepas ini.

Mohon kemaafan atas segala kelemahan dan kekurangan dalam blog Nisa' Tawau sepanjang bergiat di arena blog yang penuh rencam ini. Semoga Nisa' Tawau terus matang mendepani segala cabaran mendatang.

27 October 2010

Kenapa Anda Perlu Daftar Pemilih??

Kenapa Anda Perlu Daftar Pemilih?

Malaysia kini mempunyai 15 JUTA warga yang berkelayakan untuk menjadi pengundi, dengan kata lain, 15 JUTA inilah yang bakal memilih siapa bakal meneruskan legasi kepemimpinan Malaysia, Negara yang kita cintai.

Namun, dalam bilangan 15 JUTA itu, yang telah sedia ada adalah 11 JUTA orang, masih terdapat 4 JUTA pengundi berkelayakan tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Angka 4 JUTA ini bukan angka yang sedikit, 4 JUTA pemilih baru ini bakal penentu masa depan Negara. Bilangan inilah yang bakal menentukan siapa yang akan memerintah Malaysia pada masa akan datang.

Setiap daripada kita sering melaungkan pendapat dan idea tentang apa yang kita mahu, ada yang berceramah, ada yang membuat demonstrasi, dan banyak lagi lagak dan gaya. Akan tetapi sedarkan kita, yang menjadi pemilih adalah kita, jika sekadar berdemo dan berarak menunjukkan ketidak puasan hati, tetapi tidak mengundi, tidak ada gunanya.

Sistem pemilihan di Malaysia, telah membuka ruang kepada warganya untuk memilih siapa yang kita mahu bagi meneruskan legasi pemerintahan, tetap dengan yang sedia ada atau membuat pembaharuan supaya Malaysia mendapat nafas baru, semuanya di tangan anda!


1 UNDI daripada kita bakal memenangkan idealisme yang di sokong, dan tanpa 1 UNDI kita itu, harapan untuk melihat Malaysia di terajui oleh kerajaan yang telus akhirnya hanya akan tinggal harapan. Tanggungjawab sebagai seorang pemilih sangat besar, jika kita mengundi dan memenangkan pihak yang salah, maka ia akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, dan kita pastinya akan dipertanggungjawabkan atas pilihan itu.

Begitu juga jika kita memandang enteng tanggungjawab sebagai pemilih, kita tidak mengundi walaupun layak dan secara tidak langsung kita biarkan pihak yang tidak sepatutnya menang itu terus selesa, maka dengan hal itu juga kita akan dipertanggungjawabkan!. Anda hanya ada satu pilihan…

DAFTAR PEMILIH DAN TURUN MENGUNDI!!!

Siapa Yang Layak Untuk Mendaftar Sebagai Pemilih?

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) Seorang warganegara Malaysia;

(b) Telah mencapai umur 21 tahun;

(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan

(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

ANDA SUDAH LAYAK?...DAFTAR SEKARANG!!!

Di mana Boleh Mendaftar?

(a) Pejabat-pejabat SPR

(b) Pejabat-pejabat pos berkomputer

(c) Wakil-wakil jabatan

(d) Wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);

(e) Pasukan Outreach SPR

* Di syorkan supaya selesaikan saja urusan daftar pemilih di pejabat pos berkomputer yang berhampiran, sangat mudah dan cepat. Hanya perlu membawa diri dan kad pengenalan, urusan seterusnya akan diselesaikan oleh pegawai yang bertanggungjawab, anda hanya perlu menunggu dalam masa 10-15 minit, kemudian semak dan tandatangan, mudahkan?

Bagaimana Cara Mendaftar?


Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;

(b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;

(c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;

(d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan

(e)Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Mendaftarlah Sekarang, Ianya Mudah!


Sebenarnya urusan daftar pemilih tidak rumit dan tidak juga mengambil masa yang lama, hanya dalam masa sekitar 10 - 15 minit, ianya dapat diselesaikan dan anda berpeluang menunaikan hak kepada agama, negara dan bangsa!

Masa Depan Pilihan Kita!

Melihat kepada perkembangan semasa, senario politik di Malaysia sekarang nampaknya tidak menentu. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memperbaiki keadaan ini, dan caranya adalah dengan MENGUNDI!, tetapi untuk mengundi pilihan hati, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH terlebih dahulu!.


Masa depan negara pilihan kita!, kitalah yang yang mencorakkannya, jika putih, putihlah ia, jika hitam, hitamlah ia. Jangan pula setelah segalanya selesai, baru kita merungut itu dan ini, menyalahkan pihak – pihak yang lain dan sebagainya, sedangkan diri sendiri tidak menunaikan tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya dilakukan.

Daftar Pemilih, Mengundi : WAJIB!

Memilih pemerintah yang adil adalah wajib bagi mengelakkan berlaku kezaliman dalam Negara yang tercinta. Jika kita hanya menjadi penonton kepada senario yang berlaku, tidak ambil peduli, maka tindakan itu adalah satu tindakan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan TIDAK AMANAH!.

Bilangan 4 JUTA yang masih belum mendaftar seperti yang telah disebutkan ini jika ia condong kepada Barisan Nasional, maka tampuk kekuasaan berkemungkinan besar akan kekal sebagimana sekarang buat masa ini, sebaliknya jika ia condong kepada Pakatan Rakyat, maka peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat bakal berlaku, begitulah hebatnya kuasa kita sebagai pemilih!

Memilih antara Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat adalah hak kita, timbanglah antara baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya. Mengambil bahagian dalam memilih kerajaan yang benar – benar adil adalah satu KEWAJIPAN, justeru sebelum layak untuk mengundi adalah WAJIB untuk kita MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH!...

Artikel sumbangan : insan.celik.sinar.harian

26 October 2010

HEMPAS- SANDAKAN

Pada 24 Oktober 2010, Ahad, satu Program yang julung-julung kali diadakan di Sandakan iaitu Program Perhimpunan Aman, Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah, (HEMPAS), telah mengumpulkan 4000 orang penduduk yang berasal dari seluruh pelusuk Sabah, majoriti peserta yang hadir adalah di kalangan anak jati sabah dari kalabakan, keningau, tawau, pitas, kota merudu, merotai dan seluruh sabah.

Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi menjelaskan kepada penduduk sabah tentang hak-hak rakyat yang sepatutnya dimiliki, malangnya kerajaan semakin menegakkan tanduknya. Tanah telah dirampas, rumah dirobohkan dan tanaman yang telah bertahun-tahun lamanya diusahakan menjadi milik kerajaan dengan sekelip mata.

Program ini juga bertujuan untuk menghimpunkan penduduk sabah untuk pro kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan, Parti Islam Semalaysia dan DAP. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membincangkan isu-isu politik yang hangat diperkatakan oleh barisan pimpinan pakatan rakyat.


Seramai 150 orang peserta dari Tawau yang hadir dalam program HEMPAS yang diadakan di Dewan Hakka, Sandakan. Perjalanan 7 Jam, Tawau ke Sandakan bukan halangan kepada pengerak-pengerak aktivis Pakatan Rakyat untuk menjadi peserta dalam program yang mampu membakar semangat bagi membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu memerintah menggantikan kerajaan pemerintah yang bersikap pentingkan diri.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta, diikuti Majlis Perasmian Program HEMPAS oleh YB. TG Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS Pusat. dalam ucapan beliau menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah kerajaan malaysia, Malaysia akan menggunakan hukum Islam secara mutlak kerana bukan sekadar mempertahankan keadilan malah kita bersatu untuk mempertahankan dan menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Takbir...!!!

Barisan pimpinan PAS Malaysia, semasa menyanyikan Lagu Negara dan Lagu Sabah Tanah air, sebagai pembukaan majlis perasmian tersebut.



Keberangkatan pulang YB TG HJ Abdul Hadi Awang setelah selesai merasmikan Program HEMPAS.


"PAKATAN RAKYAT AKAN BERSATU"




Dari Kiri, Naib Persiden PKR, Saudara Azmin Bin Ali, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Pas Pusat, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat@Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, YB Lim Kin Cheu, Pengerusi DAP Sabah, dan Ustazah Noridah, Ketua Musliamat PAS Pusat.
Laungan semangat, "HIDUP HIDUP RAKYAT, HIDUP HIDUP PAKATAN, HIDUP HIDUP REFORMASI."..


Program diakhiri dengan penyerahan memoranndum kepada wakil-wakil Pimpinan Pakatan Rakyat bagi merealisasikan hajat Rakyat Sabah.. Semoga perhimpunan hari ini diberkati Allah. Aminnnnnn..

Copy From, http://suarakal.blogspot.com (Mujahidah_Tawau)

18 August 2010

Ramadhan Al- Mubarak

Salam Ramadhan....

Segala pujian selayaknya buat Allah SWT yang mentadbir seluruh alam ini dan segala isinya untuk manusia selalu berfikir. Selawat dan salam kesejahteraan untuk manusia agung yang berbudi Nabi Muhammad SAW dan ahlul- bait, para sahabat, para syuhada, para tabi' dan tabien serta seluruh pendokong- pendokong risalah ALLAH yang meneruskan perjuangan daripada mereka yang terdahulu...

Semoga Ramadhan ini terbaik untuk kita semua. Dalam menghadapi dan menjalani Ramadhan yang penuh keberkatan dan kebahagian ini pastinya ada ujian yang mengiringi setiap insan. Ujian- ujian ini tidak hadir sia- sia tetapi sebagai jalan- jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan ujian yang mendatang, manusia akan selalu meminta dan mengadu kepadaNYA.

Rasanya masih tidak terlewat untuk mengimbas kembali tragedi banjir besar yang melanda Kampung Pasir Putih, Tawau baru- baru ini yang meranapkan harta benda dan kediaman penduduk. Nisa' Kawasan Tawau turut merakamkan takziah atas kejadian yang menimpa kepada mangsa. Meski tidak berada di tempat kejadian, gambar- gambar yang dipaparkan sudah cukup menginsafkan dan meruntun naluri namun, 'berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul". Sungguh, Allah mampu melenyapkan semua harta benda kita dalam sekelip mata. Ibrahnya bahawa, harta benda dan kediaman yang kita miliki pada hari ini tidak selamanya milik kita. Allah berhak menghilangkannya dalam sekelip mata sahaja. Bagi yang menyakini qada dan qadar-NYA, sudah pasti setiap yang berlaku ini dipandang dengan mata hati tanpa sekelumit pun dalam hati menyesali ketentuan Ilahi.

Pada bulan Ramadhan ini juga, letakkan ingatan dan doa' kita buat seluruh saudara kita yang berada di Palestin dan yang paling hampir di Pattani serta di seluruh negara yang umat Islamnya masih terus berjuang dan mempertahankan agama Allah. Sesungguhnya doa' kita dalam bulan penuh barakah ini diterima oleh Allah apabila kita bersungguh- sungguh meminta disertai dengan amalan soleh yang berganda.

Latihan berpuasa yang kita lalui pada setiap bulan Ramadhan ini janganlah sekadar kebiasaan kita pada setiap tahun yang kemudiannya diraikan dengan Syawal yang ditunggu- tunggu. Syawal merupakan hadiah Allah tetapi Ramadhan perlu kita jadikan sebagai hadiah yang terbaik buat kita dalam memperbaiki amalan sepanjang kehidupan. Kesempatan bertarawih, bertadarus dan bersedekah ini biarlah menjadi suatu pemangkin kepada cara hidup yang lebih baik. Mengambil pengisian daripada salah seorang ustaz agar kita tetap menjadi hamba kepada Allah dan bukannya hamba kepada Ramadhan.

Akhir bicara, moga Ramadhan kita terisi dengan kebaikan yang banyak dan bertambah- tambah. Sama-samalah kita berdoa' kepada ALLAH agar kita dipanjangkan umur untuk hidup di dalam bulan Ramadhan serta diberikan hidayah dan taufiq serta kekuatan agar dapat mengambil manfaat daripada kebaikan- kebaikan yang telah ALLAH sediakan di dalamnya.

Semoga kita beroleh Taqwa.

Wassalam...

8 Ramadhan 1431


20 July 2010

Sana Sini

Assalamualaikum...

Sekian lama blog Nisa' tidak punyai entry baru. Bukan tidak punya cerita mahupun berita, cuma kesibukkan insan- insan yang dipertanggungjawabkan untuk memeriahkan blog ini yang sepatutnya dipersalahkan. Namun, apakan daya kerana kami juga insan biasa yang tak lepas daripada kesilapan demi kesilapan.

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung setia blog Nisa' Tawau yang tak jemu- jemu memberi sokongan dan semangat supaya Nisa' Tawau terus menyampaikan isu, berita dan aktiviti tentang Nisa' Tawau. Kepada pengunjung di ruangan sembang, mohon maaf atas kelewatan membalas komen- komen anda semua. Teruskan kesetiaan anda bersama Nisa' Tawau dengan cadangan dan komen yang membina. Kami sangat menghargai kesetiaan kalian.

Ingin bercerita mengenai kenaikan harga minyak dan harga gula yang sudah tidak diberikan subsidi lagi oleh kerajaan. Inilah antara isu yang agak 'panas' tika ini. Namun, kita berkeyakinan bahawa kesannya bersifat sementara. Selepas ini, kita akan hidup seperti biasa bagai tidak ada yang berlaku. Semua ini perlu untuk difikir- fikirkan bersama. Ruang dan peluang sebagai rakyat biasa tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh sahaja. Segalanya di hujung jari. Buka hati dan mata kita bersama agar kita tidak menjadi insan yang hanya mampu melihat dan mendengar sahaja.

Terfikir di benak akan nilai wang yang semakin tinggi harganya. Segalanya kerana wang. Mungkin jika ditanya mengapa kita belajar dan bekerja bersungguh- sungguh, maka jawabnya kerana tidak mahu hidup susah dan derita kerana tidak punyai wang untuk memenuhi kehendak yang pelbagai. Maka tidak hairanlah manusia sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kesenangan yang fana sifatnya. Jenayah dan perlakuan yang tidak masuk akal hari ini adalah dorongan hawa nafsu manusia yang mencari kesenangan dan keseronokkan yang bernilai material. Justeru, dalam entry yang ringkas ini marilah kita berfikir dengan mata hati anugerah Allah. Segala macam yang telah berlaku di sekitar kita hari ini adalah teguran Allah buat kita hambaNYA yang selalu terleka. Sama- sama kita mendoakan agar seluruh umat Islam terus berpaut hanya pada tali Allah sahaja. Mudah- mudahan kita juga selalu menjadi insan yang memberi manfaat pada orang lain hingga akhir hayat kita. Amin..

Salam Manis...

01 June 2010

Hancur Israel!!!

Nisa' Kawasan Tawau
mengutuk sekeras- kerasnya kekejaman dan kebiadapan Israel laknatullah..
berikutan peristiwa 31 Mei 2010 serta pelbagai lagi jenayah kezaliman yang telah dilakukan

Semoga semua ini menjadi peringatan buat seluruh umat Islam bahawa kita punya saudara yang dibunuh, disembelih dan dizalimi

Doa' kita mengiringi saudara- saudara seagama kita di Palestin serta para pejuang Islam yang bertebaran di seluruh dunia


اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.



16 May 2010

SELAMAT HARI GURU




Buat semua insan yang bergelar guru...

Selamat Hari Guru...

Terima Kasih atas segala curah bakti yang diberikan...

Teruskan mendidik insan

menjadi

Generasi Pintar Soleh...

Moga Allah Merahmatimu wahai para guru...

~ Ingatan Tulus Ikhlas daripada Nisa' Kawasan Tawau ~

Lensa Nisa' Games Kawasan Tawau 2010

Sekitar Nisa' Games Kawasan Tawau...

1-2 Mei 2010...





































Tahniah kepada semua yang terlibat dan menjayakan Nisa' Games 2010.
Semoga segala usaha dan tenaga yang dicurahkan mendapat nilaian di sisi Allah..

"Bersukan itu ibadah"

23 April 2010

Krisis Bekalan Air Di Sabah


Sabah, 22 April 2010 - Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri mendapat perhatian oleh Datuk Melanie, Adun Luyang, di Dewan Undangan Negeri Sabah, pada 15 April 2010.


Isunya, Krisis bekalan tenaga di Sabah semakin merungingkan rakyat apabila beberapa projek di bawah kendalian Sabah Eletrik Snd Bhd (SESB) tergendala, bekalan tenaga ke kawasan pedalaman mengalami masalah dengan tidak mendapat menggunakan eletrik dengan baik dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di kawasan tersebut.


Datuk Melanie, mengulas bahawa seleras dengan aspirasi Negara, pelaburan dan penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi-teknologi bersih akan digalakkan. Peningkatan dalam aplikasi kecekapan tenaga juga akan dipromosikan. Bangunan-bangunan industri dan kediaman adalah disarankan untuk menggunakan teknologi yang bersih dan mesra alam untuk kebaikan rakyat dalam jangka masa panjang.”


Beliau pernah mengemukakan bantahan penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga letrik di Sabah pada persidangan sebelum persidangan Dewan undangan Negeri Sabah di samping memberi beberapa alasan dan sebab-sebab mengapakah kita tidak bersetuju dengan projek pembinaan arang batu yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan pusat. Kerana yakin bahawa sedikit usaha namun boleh membawa impak yang besar kepada hidup rakyat sabah.


Pendedahan oleh laporan akbar dan Ahli Parlimen Kalabakan bahawa SESB tidak dapat memulihkan keadaan gangguan bekalan elektrik khususnya di Tawau disebabkan SESB telah dibekalkan oleh TNB set-set janakuasa terpakai daripada syarikat Sime Darby yang tidak boleh beroperasi sepenuhnya adalah amat memalukan. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah tersebut.


“Saya pernah sarankan bahawa Sabah perlu bukan sahaja menggunakan gas yang ada untuk digunakan menjana tenaga elektrik untuk menampung kegunaan di Sabah yang lebih mesra alam tetapi juga perlu memulakan industri hiliran sumber gas asli untuk jangka masa panjang ekonomi negeri Sabah.” Datuk Melanie.


Keprihatinan beliau terhadap masalah yang dihadapi juga telah mengemukakan beberapa fakta sebagai bukti bahawa krisis bekalan di Sabah perlu mendapat perhatian dari pelbagai pihak khususnya Tenaga Nasional Berhad ( TNB ).


“Saya ingin bertanya Kerajaan Negeri Sabah yang menyokong MEB itu, apakah program-program dan model-model pembangunan ekonomi yang diperlukan untuk meletakkan kita sama-sama berada pada landasan perkembangan itu?“ Persoalan yang menarik dalam ucapan beliau.


Di akhir ucapan beliau, “Saya harap kesemuanya ini boleh mendatangkan hasil kepada rakyat Sabah sampai ke akar umbi. Adalah menjadi malapetaka jika kita masih menjadi negeri yang termundur dan termiskin di Malaysia 5 tahun akan datang nanti.”


“Wakil Rakyat Prihatin, Kebajikan Rakyat Sabah Terjamin.” Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapakan ‘Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan’ kepada semua yang ada di Dewan.

30 March 2010

Nisa' Games Tawau



AKAN DATANG...

NISA' GAMES KAWASAN TAWAU

2 MEI 2010
(AHAD)

KOMPLEKS SUKAN TAWAU

Antara acara yang dipertandingkan:

- futsal
- bola tampar
- bola jaring
- badminton

(* Untuk WANITA SAHAJA)

Pertanyaan??
Berminat???

hubungi:

Cik Surianti (0134660981)

atau

Cik Rosnany (0148725970)


TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
19 APRIL 2010



* pelajar-pelajar sekolah, jabatan/ngo/persatuan adalah dialu- alukan dan dijemput untuk menyertai acara- acara yang dipertandingkan.







20 February 2010

Selamat Pengantin Baru


Alhamdulillah....
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada salah seorang ahli Nisa' Tawau yang telah melangsungkan walimahnya pada 15 Februari lepas/ 1 Rabi'ul Awal 1431..



Puan Rosdiana dan Suami...

Antara sahabat Nisa' yang hadir...



"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan"


Note: credit kepada jurufoto yang berkenaan. Syukran jazilan...


19 February 2010

Gambar Nisa' Santai


Berikut merupakan gambar- gambar yang sempat diambil semasa Nisa' Santai...



krew Nisa' menyampaikan sesuatu...mantop ni!



Antara 'pasangan' yang sempat ditemui...



Baca jangan tak baca...



Syabas!!!
Antara krew Nisa' yang terlibat...


gagah melangkah...

30 January 2010

Mesyuarat Nisa Kali Ke- 6

Alhamdulillah...kalungan kesyukuran hanya layak buat Allah Rabbul Jalil...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli bait dan para sahabat, para syuhada, tabii dan tabiin serta buat kaum muslimin dan muslimat yang berpegang teguh pada tali Allah...

Mesyuarat Nisa untuk kali ke- 6 telah berlangsung hari ini dengan kehadiran AJK Nisa Kawasan Tawau. Mesyuarat yang membincangkan takwim serta perjalanan program bagi setiap unit ini turut mempertemukan semula sahabat- sahabat Nisa' yang sebelum ini sibuk dengan tuntutan kerja masing- masing. Mesyuarat ini juga sekaligus menjadi medan pertemuan untuk melepaskan rindu dan berkongsi segala cerita dan pengalaman masing- masing.

Semoga segala perbincangan, cadangan dan perancangan yang dibuat menjadikan Nisa' Kawasan Tawau khususnya matang dalam bergerak kerja semata- mata mengharapkan keredhaan Allah. Terima Kasih atas kehadiran, kerjasama dan komitmen yang dberikan dalam Nisa' Kawasan Tawau.


Buat seluruh warga Tawau, nantikan program- program Nisa' sepanjang Tahun 2010 ini yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Salam manis daripada warga Nisa' Tawau buat semua pengunjung blog.

25 January 2010

QURANIC TEEN CIRCLE 2010

KEMBALI LAGI
QURANIC TEEN CIRCLE 2010


LEBIH MENARIK
LEBIH HAPPENING
LEBIH DAN LEBIH..
("_,)
JOM RAMAI-RAMAI..
AJAK SEISI SEKOLAH.. KELAS.. DEWAN..


23 January 2010

SALAM TAKZIAH daripada NISA' TAWAU...


Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi. 

Salam takziah kepada seluruh kerabat diraja JOHOR...
-Al-Fatihah-

22 January 2010

Peluang keemasan MENCARI PEKERJAAN

Assalamualaikum..

Pesanan ini ditujukan khas buat mereka yang sedang mencari kerja...

Jom layari laman web berikut;


1) Kementerian Pelajaran malaysia ,

= www.moe.gov.my

2) Jabatan Kastam Malaysia

= http://www.customs.gov.my/

3)JobMalaysia

= http://jobsmalaysia.gov.my

4)Sektor seluruh malaysia

= http://achemm.blogdrive.com/

5)Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

=www.spa8.gov.my

6) Suruhanjaya Perhidmatan Pelajaran

=www.spp.gov.my



SELAMAT MENCUBA..!!!

12 January 2010

Qiamullail Bulanan Nisa' Kawasan Tawau

Qiamullail Bulanan Bersama Bonda ("_,)
~K.E.M.B.A.L.I L.A.G.I~

Tarikh: 16hb Januari 2010 (Sabtu)
Tempat: PASTI Taman Ria

Pengisian:
Pengerusi - Pn Darma Fatah
Solat Maghrib & Isyak - Pn Rodhiah
Kuliah Maghrib - Pn Hajjah Hasnah
Usrah Gabungan - Pn Normah
Qiamullail & Solat Subuh - Pn Mahsyuri
Kuliah Subuh - Pn Anisah

P/S: Sila bawa pakaian sukan untuk senaman pagi [wow!!]
&
PALING PENTING.. YURAN: RM2.. hehe
~War-warkan pada semua ya~