Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

28 July 2011

RAMADHAN IS COMING



الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Selamat Berpesta Ibadah..

11 July 2011

info sihat (siri 1)

Alam ciptaan Allah ini sangat indah.. Tanpa kita sedari, alam ini mempunyai 1001 misteri yang belum terungkai. Alam yang Allah ciptakan mendatangkan pelbagai manfaat kepada penghuninya ini. Tumbuh-tumbuhan yang Allah ciptakan mempunyai pelbagai khasiat. Jom bersama terokai..


Air
Menurunkan berat badan

Mengelakkan penyakit kanser

Mengelakkan penyakit Batu Karang

Melicinkan kulit






Buah Ceri
Mengelakkan insomnia

Melindungi daripada penyakit hati

Mengelakkan penyakit kanser

Melewatkan proses penuaan

Mengelakkan penyakit Alzheimer






Oren
Menguatkan sistem imun dalam badan
Memudahkan proses respirasi

Mengelakkan kanser

Menguatkan jantung













Tembikai
Mengurangkan kolesterol

Memberhentikan strok

Melindungi prostate

Mengawal tekanan darah
































































































































































































































































































































08 July 2011

AKADEMI FASILITATOR SIRI 2...

TEMPAT : TAMAN MUHIBBAH AWAM, TAWAU
TARIKH : 10 JULAI 2011
MASA : 7.30-9.30 PAGI

Terbuka kepada semua remaja muslimin dan mslimat (tingktn 4 dan ke atas)
Berpakaian sukan..

Keterangan lanjut :
Cik Santi 0134660981
Cik Suheni 0138930224

Pencarian bakat muda bermula.. AYUH!! Serlahkan bakat terpendam anda..
Mari bersama sertai Akademi Fasilitator..
Anda akan dilatih untuk menjadi seorang fasilitator..Insya Allah
Terbuka kepada semua sekolah..
Jom pi ramai2..

07 July 2011

Astaghfirullah Rabbal Baraya (Munif Hijjaz) berserta Makna



Renungan kembali buat semua..
Merenung kembali, betapa banyaknya dosa yang dilakukan dan betapa pemurahnya Allah..
Maha Pengampun, Maha Penyayang..
Back to ISLAM..
ISLAM is the solution
ISLAM IS THE WAY OF LIFE..