Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

20 July 2010

Sana Sini

Assalamualaikum...

Sekian lama blog Nisa' tidak punyai entry baru. Bukan tidak punya cerita mahupun berita, cuma kesibukkan insan- insan yang dipertanggungjawabkan untuk memeriahkan blog ini yang sepatutnya dipersalahkan. Namun, apakan daya kerana kami juga insan biasa yang tak lepas daripada kesilapan demi kesilapan.

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung setia blog Nisa' Tawau yang tak jemu- jemu memberi sokongan dan semangat supaya Nisa' Tawau terus menyampaikan isu, berita dan aktiviti tentang Nisa' Tawau. Kepada pengunjung di ruangan sembang, mohon maaf atas kelewatan membalas komen- komen anda semua. Teruskan kesetiaan anda bersama Nisa' Tawau dengan cadangan dan komen yang membina. Kami sangat menghargai kesetiaan kalian.

Ingin bercerita mengenai kenaikan harga minyak dan harga gula yang sudah tidak diberikan subsidi lagi oleh kerajaan. Inilah antara isu yang agak 'panas' tika ini. Namun, kita berkeyakinan bahawa kesannya bersifat sementara. Selepas ini, kita akan hidup seperti biasa bagai tidak ada yang berlaku. Semua ini perlu untuk difikir- fikirkan bersama. Ruang dan peluang sebagai rakyat biasa tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh sahaja. Segalanya di hujung jari. Buka hati dan mata kita bersama agar kita tidak menjadi insan yang hanya mampu melihat dan mendengar sahaja.

Terfikir di benak akan nilai wang yang semakin tinggi harganya. Segalanya kerana wang. Mungkin jika ditanya mengapa kita belajar dan bekerja bersungguh- sungguh, maka jawabnya kerana tidak mahu hidup susah dan derita kerana tidak punyai wang untuk memenuhi kehendak yang pelbagai. Maka tidak hairanlah manusia sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kesenangan yang fana sifatnya. Jenayah dan perlakuan yang tidak masuk akal hari ini adalah dorongan hawa nafsu manusia yang mencari kesenangan dan keseronokkan yang bernilai material. Justeru, dalam entry yang ringkas ini marilah kita berfikir dengan mata hati anugerah Allah. Segala macam yang telah berlaku di sekitar kita hari ini adalah teguran Allah buat kita hambaNYA yang selalu terleka. Sama- sama kita mendoakan agar seluruh umat Islam terus berpaut hanya pada tali Allah sahaja. Mudah- mudahan kita juga selalu menjadi insan yang memberi manfaat pada orang lain hingga akhir hayat kita. Amin..

Salam Manis...