Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

12 June 2011

Nikah di jalan dakwah

Assalamualaikum, pembuka bicara pada kali ini. Pada kali ini, insya allah kita bersua kembali selepas lama sudah tidak meng'update' blog. Kali ini, topik perbincangan yag agak hangat sudah tentu yang akan menarik minat kalian duhai teman untuk membacanya. Diharap semua dapat membacanya dan menerima dengan hati terbuka..

Kita selalu acap kali mendengar akan perkataan dakwah. Namun begitu, adakah kita benar-benar faham akan makna perkataan 'dakwah' itu? Sedar tak sedar, kehidupan seharian kita juga berkisar tentang dakwah. Dakwah yang berkesan adalah jika kita mempunyai jiwa yang kuat..Kuat dari segi fizikal mahupun mental dan juga jangan lupa kita sebagai seorang muslim hendaklah sentiasa kuat dari segi rohani. Seorang sahabat saya pernah berpesan "Dik, kita ni bukan sahaja kena kuat dari segi luaran tetapi juga kena kuat dari segi dalaman. Kalau kita kuat dari segi dalaman, Insya allah, apabila teguh hati kita, Allah akan permudahkan untuk luaran juga." Kata-kata yang memberi kesan kepada sesiapa yang mendengarnya.

Dakwah..sangat simple perkataannya tetapi amat berat untuk dilaksanakannya. Salah satu entiti yang perlu ada untuk dakwah kita menjadi berkesan ialah melalui akhlak salah satunya. Ya.. Akhlak. Bagaimana akhlak dapat mempengaruhi sesuatu dakwah yang disampaikan? Jawapannya ialah sudah tentu akhlak yang baik akan ramai mad'u (golongan sasar) akan tertarik dengan intipati yang ingin disampaikan kerana ramai yang akan menghormati kita kerana akhlak mahmudah yang boleh dijadikan sebagai 'qudwatun hasanah'. Bayangkan kalau kita menunjukkan akhlak yang buruk atau akhlak 'mazmumah', sudah tentu ramai yang tidak akan 'respect' kita kerana akhlak kita yang tidak baik itu. Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, sudah tentu kita akan dipermudahkan dari segi penyampaian dakwah kita. 'Hablum minallah (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia) kena jaga.

Tanpa kita sedari, dakwah merupakan satu kewajipan sama ada kita rela ataupun tidak, suka ataupun tidak kita WAJIB melaksanakannya. Bagiku, jalan dakwah inilah jalan yang kita perlu nikahi. Ni secara tamsilannya. Apabila kita bernikah di jalan dakwah, sudah tentu kita tidak akan temui karpet merah. Pasti akan lalui detik-detik sukar yang penuh dengan ranjau dan duri, mehnah dan juga tribulasi. Namun begitu, jalan dakwah ini walaupun berat dan sukar tetapi dalam susah ada senangnya, dalam perit ada manisnya, dalam duka ada gembiranya, dalam sakit ada baiknya. Usrah Nisa' pada bulan lalu dengan sahabat seperjuangan masih lagi segar di ingatan. "Bukan semua yang terpilih dalam jalan dakwah. Kita akan tertapis. Dan bukan semua yang akan mengalami roh di jalan dakwah ini. Hanya insan terpilih oleh Allah sahaja." Benar, duhai teman.. Bukan semua yang terpilih untuk berada di jalan dakwah ini. Jadi, kita yang sudah Allah pilih ini hendaklah mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada-Nya dan jangan sesekali bangga diri dan takbur duhai teman kerana itulah agenda syaitan, iaitu untuk menyesatkan keturunan Adam.

Seperti yang dikatakan tadi, apabila kita ingin bernikah di jalan dakwah, sudah tentu akan ada ujian, mehnah dan tribulasi yang akan ditempuh. Akan ada yang mencerca, menghina mahupun menghalang jalan kita.

Firman Allah dalam surah Al- Ankabut ayat 2-3

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"

Tika kita menghadapi situasi ujian inilah pelbagai perasaan yang akan timbul dalam benak. Marah, risau, takut, geram dan pelbagai perasaan yang lain. Itu ujian tika kita mengalami kesusahan. Lain pula ceritanya jika kita dikurniakan nikmat oleh Allah sama ada berupa kesihatan, kegembiraan dan juga kekayaan. Itu pun salah satu ujian juga yang kena ditempuh oleh insan yang bergelar hamba. Namun jika keimanan dan ketakwaan kita kuat, ribut badai yang menimpa sekalipun yang akan bakal ditempuhi sama ada susah senang mahupun pahit manis dalam resam kehidupan sebagai seorang dai'e ini, semuanya kita terima dengan pergantungan dan harapan yang tinggi kepada Allah.
Itulah risiko-risiko yang akan bakal dan akan lalui jika kita bernikah di jalan dakwah ini kerana jalan dakwah ini merupakan jalan pentarbiahan bagi diri kita dan juga bagi diri orang lain bagi menegak dan meninggikan syiar Islam kukuh terpasak di bumi ini. Jalan dakwah bukanlah jalan yang senang, ianya merupakan jalan yang berliku yang perlu ditempuh dengan sabar serta berbekalkan keimanan dan ketakwaan yang tinggi terhadap Allah. Ramai yang terkandas di jalan dakwah ini . Allah akan menapis setiap daripada kita dalam meniti jalan-jalan dakwah ini. Macam-macam tapisan Allah terhadap hamba-Nya.

Ada yang dahulunya aktif semasa alam persekolahan kerana mendapat tarbiah dan pendedahan awal tetapi apabila berada di universiti menjadi kurang aktif kerana risau akan diri yang berstatus mahasiswa. Ada pula yang aktif semasa berada di universiti tetapi apabila sudah ber'graduate' semakin malap apabila berada di kawasan kerana masih merasakan diri berstatus sebagai mahasiswa. Ada juga yang aktif tetapi setelah sibuk dengan kerjaya yang dibina, makin malap dalam gerak kerja dakwah ini dengan alasan ingin menyesuaikan diri dan menumpukan sepenuh perhatian dulu terhadap kerjayanya yang baru. Ada juga yang aktif semasa masih berstatus 'single' yakni belum berumahtangga tetapi apabila sudah mendirikan masjid, bukan salah satu yang malap tetapi kedua-duanya menjadi semakin malap dengan gerak kerja kerana merasakan perlu memberikan komitmen dalam baitul muslim yang ingin dibina. Ada juga yang masih lagi aktif apabila berada dalam alam perkahwinan tetapi gagal mempertahankan diri dan juga pasangan apabila dikurniakan anak. Nak fokus dengan anak.. Ada juga yang rasa dirinya terlalu penat berada di jalan dakwah ini sehinggakan menginginkan kerehatan. Ingin berehat selama 2 tahun dahulu. Penat dalam bergerak kerja, nakkan cuti dulu. Malah, ada juga yang kurang memberikan komitmen dalam mesyuarat (meeting) dan juga perjumpaan tetapi program-program yang besar diikuti dan begitulah sebaliknya.

Macam-macam perangai dan telatah manusia yang akan dilalui. Itulah antara ujian-ujian serta mehna dan tribulasi yang perlu ditempuh dan melalui ujian serta dugaan itulah seorang demi seorang akan melalui tapisan-tapisan Allah. Ada yang baru sedikit diuji sudah jatuh tersungkur dan ada juga yang sudah melalui pertengahan ujian telah terjatuh. Yang paling hebatnya apabila kita rasakan diri kita lemah, rasa ingin terjatuh, dan mungkin sudah terjatuh, segeralah bermohon kepada Allah agar dikuatkan kembali diri yang lemah ini dan minta dijauhkan supaya terus terjatuh sehinggakan kita tertinggal jauh di belakang. Apabila diri rasa sudah jauh tertinggal di belakang, memang amat sukar untuk kembali semula. Tiada kekuatan melainkan dengan taufik dan hidayah Allah.

Amat merisaukan jika kita menggunakan istilah 'rehat' walaupun hanya seketika tidak kira apa pun situasi kita. Kerana kita risau dengan 'rehat' tersebut, kita akan berada dalam keadaan yang selesa seterusnya menjadi semakin malap. Bakat dan potensi kepimpinan yang dahulunya kita gilap semasa berada di kawasan, universiti mahupun ketika kita bergelar sebagai pelajar semakin kurang terserlah kemudian menjadi malap dan akhirnya jauh tertinggal. Apabila sudah jauh tertinggal, diri pun telah diulit rasa selesa, di situlah syaitan memainkan peranannya untuk menjayakan agendanya iaitu untuk menyesatkan manusia. Semakin lama, jarum - jarum hasutan yang menusuk telah tertikam di hati kita sehinggakan lebih mencintai duniawi daripada kehidupan ukhrawi.

Marilah bersama-sama re-check kembali hati kita. Banyak sudah noda-noda hitam, yang menyelubungi hati. Banyak sudah kekotoran. Oleh itu, segera bersihkan hati ini agar kita masih lagi berada di jalan dakwah ini. Jom bernikah di jalan dakwah!! Jadikanlah dakwah itu sebagai pasangan kita yang kita takkan lepaskan walau di mana pun kita berada dan tanpa mengira tempat, masa dan tenaga..

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di entry yang berikutnya.. Sirru ala barakatillah

No comments:

Post a Comment