shuffle tue adalah sebuah tarian barat yg
dibawa ke MALAYSIA…
bkn semua shuffler berkelakuan sedemikian…
hanya segelintir sahaja..
utk pengetahuan semua,shuffle di Malaysia
kini telah di ubahsuai…kalau di luar negara,mereka semua
perlu minum ‘arak’ utk mengkhayal kan diri mereka smbil menari…
ttapi di MALAYSIA,kami sbagai shuffler, telah menukar budaya tersebut…
di negara luar, mereka menjdikan ‘arak’ itu sbagai satu calture sbelum mereka ber-shuffle….
so, jgn lah membenci kami…kerana shuffle itu seni….
skrang nie dah banyak competittion yg di anjur kan oleh
rakan muda,ribena dan bnyk lagi…
Luahan hati salah seorang shuffler yang saya petik dari salah satu blogs yang saya temui semasa mencari maklumat dan informasi tentang SHUFFLE. Budaya yang semakin mendapat tempat di kalangan remaja sehingga, kanak-kanak seawal usia 4 tahun sudah mula bercerita tentang shuffle. Lihatlah betapa "hebatnya" kesan dan pengaruh shuffle.
Sejarah SHUFFLE bermula di Melbourne, Australia lewat 1980an. Shuffle merupakan sebuah tarian gerak pantas yang diiringi muzik tchno. Sebelum bershuffle, para shuffler akan meminum arak terlebih dahulu untuk mengkhayalkan diri mereka.
Demikian serba sedikit sejarah shuffle. Saya tidak mahu membahas panjang tentang sejarah dan asal usul shuffle. Sekadar inigin kita berfikir dan merenung, lihatlah sikap dan jati diri anak Melayu yang agamanya adalah ISLAM. Mudah sangat menjadi Pak Turut tetapi susah sangat hendak taat dan patuh. Pak turut pada budaya-budaya songsang ciptaan barat yang nyata dan terang hanya mahu merosakan jati diri muslim di dalam diri dan jiwa. Namun sukar benar hendak taat dan patuh pada ajaran ISLAM yang terang lagi nyata satu ad-deen (cara hidup) yang menjamin keselamatan dunia dan akhirat.
Lebih menyedihkan, daerah Tawau yang tidak seberapa pesat pembangunannya ini, rupa-rupanya sangat pesat membangun dari sudut keruntuhan nilai moral dan sakhsiah anak remajanya. Berdasarkan "sembang-sembang" mengcungkil maklumat daripada anak-anak didik, saya dimaklumkan, sudah pernah pertandingan shuffle ini dianjurkan secara besar-besaran di DEWAN MASYARAKAT TAWAU [dewan paling besar di daerah Tawau]. Lebih memilukan, antara penggerak utama penganjuran pertandingan shuffle itu adalah salah seorang GURU di daerah Tawau.
Pasti golongan yang terlibat dengan budaya shuffle ini akan berusaha mempertahankan pandangan positif mereka mengenai budaya barat ini. Antara hujah yang sering dikemukakan, ianya adalah hanya sejenis tarian yang dapat menyihatkan badan. Namun mereka lupa, aksi "terkinja-kinja" mereka dihadapan penonton dan peminat setia mengundang kepada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan yang jelas nyata HARAM disisi syariat.Saranan saya, golongan ibu bapa perlu peka kepada keadaan semasa. Jadilah ibu-bapa yang berilmu dan bertaqwa agar mampu memainkan peranan pencorak kepada jati diri dan peribadi anak-anak agar menjadi insan yang soleh-solehah. Bukankah anak-anak yang soleh-solehah inilah aset kita bila sudah dijemput pulang olehNYA?
Kepada para remaja, sememangnya darah muda ini sering bergelora ingin mencuba sesuatu yang baru. Namun, sedar dan sentiasa ingat, hidup punya had dan batas. Syariat jangan sampai dilangkaui dan dirempuh sesuka hati. Dunia anda masih kecil. Pengalaman masih kurang. Menempuh hidup yang sangat mencabar ini, tidak hanya memerlukan rakan sebaya sebagai teman. Tetapi kalau mahu bahagia dan selamat hingga ke akhir hayat, bertemanlah dengan orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa. Inilah jaminan keselamatan yang HAKIKI.
Saya paparkan beberapa gambar dan video untuk kita renung, teliti dan muhasabahkan... sejauh mana shuffle ini memberi impak positif kepada diri remaja hingga ianya perlu diterima sebagai satu BUDAYA.
No comments:
Post a Comment