Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

02 July 2009

Singgah sebentar.. :)

Salam'alaik..

Maaf menceroboh masuk blog yang sudah berpindah admin ini. Sekadar mengambil sedikit ruang menyatakan hasrat hati yang lama terpendam. Moga-moga mendapat restu dan izin admin-admin baru yang kini bertanggungjawab mengurus blog ini. :)

Pengalaman 2 tahun bersama nisatawau.blogspot.com banyak memberi peluang diri ini menimba pengalaman bermakna. Hasilnya, sudah mampu mengurus sendiri blog DMPKT dan punya blog sendiri. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh barisan kepimpinan Nisa' yang lepas.

Masih segar diingatan, asbab wujudnya blog ini adalah menyahut desakan semasa yang menuntut kepada penguasaan ICT bagi memastikan Nisa' mampu terus bergerak maju memacu perjuangannya. Lebih-lebih lagi apabila sasaran mad'u Nisa' itu sendiri adalah golongan muda yang sudah tentu sangat dekat dengan internet dan dunia tanpa sempadan ini. Justeru, blog ini menjadi medan penyebaran informasi semasa dan perkongsiaan ilmu buat semua pengunjungnya. Semoga blog ini masih terus relevan bahkan lebih proaktif menjalankan peranannya sebagai gerbang informasi dan maklumat.

Akhir kalam, sejuta kemaafan dipohon andai sepanjang mengurus blog ini banyak kekurangan dan kelemahan yang tidak tertampung. Semua pengunjung blog ini dijemput dan dialu-alukan singgah ziarah di blog DMPKT (klik sini). Kami juga punya sesuatu untuk anda disini.. :)

Salam perpisahan,
Amirah Izzati Yassir
x-admin nisatawau.blogspot

No comments:

Post a Comment