Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

31 October 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk


Kelebihan Surah Al-Mulk


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."



5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

11 October 2011

perkongsian dari salah seorang Muslimat aktivis Sabah



IMPIAN SAYA
Berbicara tentang Sabah, bukan satu perkara yang ringan di pandangan mata. Sabah negeri yang kini mengalami satu transformasi yang begitu rancak. Bukan saja satu sudut politiknya , malah dari sudut keadaan sosial dan lebih-lebih lagi mengenai pemikiran rakyatnya yang kini sudah membuka mata.

Apa yang diimpikan oleh penduduk sabah ialah satu perubahan yang tidak mendasarkan kemajuan sebagai pengukur semata-mata. Malah, mereka mahukan pembangunan modal insan dimajukan bersama seiring dengan kemajuan yang diwar-warkan.

Bagi insan yang beragama ISLAM seperti saya, saya mengimpikan Sabah memiliki sebuah pusat Pengajian Ilmu ISLAM untuk melahirkan para Ulama' yang menghadam ISLAM dengan tepat dan menyebar luaskan ajaran ISLAM dan paling penting dapat menjalankan ISLAH kepada masyarakat ISLAM yang hanya pada nama sebahagian besarnya. Bukankah dengan ajaran ISLAM kita mampu membangunkan MODAL INSAN dengan lebih berkesan?

Tidak salah kita memajukan ilmu-ilmu fardhu Kifayah seperti yang melibatkan urusan permodenan, teknologi, sains dan juga apa-apa cabang ilmu yang dimiliki oleh barat. Namun, seperti yang dibuat oleh UIAM, sistem pembelajaran di sini telah ditapis propaganda kebaratannya dan diislamisasikan dengan menggabungkan nilai-nilai ISLAMIK ke dalamnya. Maka, graduan yang dilahirkan mempunyai kesedaran tentang usaha orientalis yang cuba menyerang umat ISLAM dengan perang saraf melalui ILMU.

Pakar-pakar Akademik Muslim dan para bakal pakar akademik (selain pengajian islam) seharusnya cuba untuk menjadikan pengajian mereka selari dengan kehendak ISLAM, sungguhpun mereka bukan Mahasiswa UIAM pada asalnya. Di sini, teringat pada satu sessi kelas talaqqi yang saya hadiri, Ust. Muhadir sebagai murabbinya mengatakan bahawa, antara ilmu agama dan ilmu duniawi. Ilmu agama lebih utama.
Namun, keperluan untuk menyaingi musuh begitu menuntut kita untuk turut menguasai ILMU-ILMU selain ILMU agama. Maka, bagi mereka yang mengambil kos selain pengajian ISLAM mereka seharusnya turut bersaing dengan pelajar pengajian Islam melazimkan diri untuk menghadiri kuliah-kuliah agama seperti talaqqi paling tidak pun ke kuliah-kuliah maghrib yang terdapat didalam kampus masing-masing.

APA PILIHAN YANG ADA KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERPELUANG?

Golongan ini perlu berusaha untuk mengikuti pengajian agama dan kuliah-kuliah yang diadakan di surau-surau ataupun di masjid-masjid berhampiran. Andai kata tiada tenaga pengajar, maka bolehlah meminta pada pimpinan mukim ataupun kampung supaya menjemput mana-mana ustaz atau ustazah yang mempunyai ILMU agama dan seterusnya boleh menyampaikan ILMU-ILMU tersebut tanpa mengenakan bayaran yang melampau.
Kadang-kadang ada saja yang mengambil kesempatan. Semoga kita semua terlepas daripada golongan ini. Sekiranya ada ustaz-ustazah yang tidak mengenakan bayaran dan mereka datang atas kesedaran terhadap hak masyarakat sekeliling yang memerlukan ILMU agama yang mereka miliki, maka itu lebih baik.

Cadangan seterusnya, bolehlah berusaha dengan membeli bahan-bahan bacaan yang berkaitan sebagai permulaan dan kemudian bertanya dengan insan yang ahli dengan permasalahan tersebut jika kita takut tersalah faham isi kandungan buku itu.

Khususnya di Keningau, Pusat Latihan Dakwah sudah lama menapak di sana, namun, penglibatan pelajar-pelajarnya dengan masyarakat masih belum kelihatan. Atau mungkin masih perlu ditampung dari aspek tenaga pengajar yang berpengalaman. Sama-sama kita mengambil tahu.
Sepatutnya, pusat pengajian ini sudah boleh dijadikan sebagai tapak permulaan bagi merealisasikan kewujudan PUSAT ILMU ISLAM yang saya sebutkan di awal perbincangan. Dan harapnya pelajar keluaran PLDK bukan mereka yang mengabdikan diri pada keluarga semata-mata apabila habis pengajian kelak seperti kebanyakan yang berlaku sekarang. Mungkin ada yang berkhidmat di JHAEINS namun, berapa sangatlah yang turun ke dalam masyarakat?

Di Sook sendiri pun, baru 4 orang pegawai tetap yang saya tahu wujud di pejabat daerah sana. Maka, lihatlah kekosongan-kekosongan yang perlu diisi oleh INSAN-INSAN yang mengaku intelek ini. Belum lagi saya libatkan kekosongan yang patut diisi dalam sektor ekonomi dan pendidikan. Berapa ramai orang ISLAM di sana?

Kesimpulannya, entri ini adalah untuk meluahkan pandangan terhadap keadaan negeri yang tercinta. Semoga entri ini dapat mencetus satu azam yang menggunung dan kesedaran terhadap kekuatan ISLAM yang sangat-sangat perlukan tenaga dari semua aspek kehidupan, bukan hanya aspek pengislahan malah juga aspek kehidupan yang lainnya.


*Tulisan Ehsan :
Siti Azimah Rupilen 
merupakan student UIAM Gombak dan anak jati kelahiran keningau, Sabah.
Berkenalan dengan coretan fikirannya di sini http://family-marsis.blogspot.com/2010/10/apa-lagi-yang-sabah-perlukan.html


07 October 2011

Mukmin Yang Hebat



t3.gstaticSESUNGGUHNYA kualiti seorang insan diukur dengan keimanan dan perilaku mulia yang ada dalam jiwa mereka. Kedua-dua ukuran ini (iman dan akhlak) akan sentiasa seiringan dalam jiwa manusia bagi memastikan kedudukan serta darjat yang tinggi di sisi Allah.


Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Abu Daud bermaksud: “Aku memberi jaminan bahawa orang yang berakhlak mulia akan bersamaku di syurga yang paling tinggi.”


Sifat kasih sayang dan kelembutan hati adalah petanda orang yang mempunyai sifat kesempurnaan serta kehebatan dalam dirinya.


Sifat sabar terhadap ujian dan sedia memaafkan orang yang menganiaya kita adalah sebaik-baik akhlak yang sangat dipuji Allah seperti firman Allah bermaksud: “Dan mereka yang sanggup mengawal kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain.”


Sementara itu, Fudail Bin Iyadh berkata, kedua-dua sifat penyayang dan pemaaf adalah sifat Nabi dan Rasul yang mana Nabi Ibrahim dipuji oleh Allah dalam surah Hud dengan firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang penyayang dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.” Lalu Allah anugerahkan padanya seorang putera yang hebat iaitu Ismail.


Nabi Nuh, Musa serta junjungan besar Muhammad SAW juga menghadapi ujian sama dengan tentangan dan gangguan hebat daripada kaum mereka sendiri sehingga Baginda menyebut kepada isterinya Aishah: “Aku amat berharap akan lahir dari tulang sulbi mereka insan yang akan menyembah Allah yang maha Esa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Baginda juga pernah berkata kepada Ibnu Abd Qais: “Sesungguhnya padamu ada dua sifat yang disukai Allah dan Rasul-Nya iaitu perasaan kasih dan pemaaf.” (Hadis riwayat Muslim dari Anas bin Masud)


Insan paling hebat di sisi Baginda SAW ialah Saidina Abu Bakar kerana mempunyai sifat penyayang dan pemaaf. Ini diakui Saidina Umar dengan katanya: “Abu Bakar lebih baik dariku kerana dia seorang yang lemah lembut lagi pemaaf. Beliau juga berani dan teguh pendirian dan tidak pernah goyang dengan segala gangguan serta cabaran kaum Musyrikin.”


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak dikategorikan sebagai orang yang kuat dengan beradu tenaga dan kekuatan, tetapi orang yang kuat ialah mereka yang mampu memadamkan api kemarahannya ketika dia marah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Mendiamkan diri daripada orang yang jahil lebih baik daripada melayan kerenah mereka kerana mendiamkan diri adalah sesuatu azab terhadap orang yang bodoh dan jahil.


Seorang lelaki telah memaki hamun seorang tabiin bernama (Sya’bi) lalu beliau menjawab: “Jika benar apa yang kamu katakan, semoga Allah mengampuniku dan jika salah, maka Allah juga bisa mengampunimu kerana sesiapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan Allah.”


Ibnu Qayyim Al-Jauzi pernah berkata: “Seseorang akan diperlakukan seperti apa yang dilakukan terhadap orang lain kerana semua akan mendapat sesuatu yang setimpal dengan usahanya. Sesiapa yang memaafkan akan dimaafkan Allah. Begitu juga bagi yang melampaui batas juga akan memberati baginya kelak.”


Sifat marah adalah anasir yang boleh merosakkan akhlak dan berpotensi mencalarkan maruah seseorang. Pernah disebut seseorang kepada Abdullah Bin Mubarak (ulama tabiin): “Dapatkah tuan memberikan sesuatu yang boleh membentuk kesempurnaan akhlak? Maka beliau menjawab: Kawal kemarahanmu kerana ia adalah wasiat Baginda SAW. Baginda didatangi seseorang dengan soalan yang sama, maka jawab Baginda: “Janganlah kamu marah (sebanyak tiga kali).” (Hadis riwayat Bukhari).


Ada juga perawi hadis menambahkan, setiap kemarahan akan diiringi dengan setiap jenis kejahatan dan akan melemahkan akal fikiran manusia hingga sanggup berkata dusta serta melakukan perkara di luar peradaban manusia.


Baginda pernah berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, aku memohon kata-kata benar ketika aku t1.gstaticsedang marah.” (Hadis riwayat Nasai’)


Ada kala manusia boleh kehilangan segala-galanya disebabkan sifat marah. Jabir bin Abullah berkata: “Kami pernah berjalan bersama Baginda SAW bersama seekor unta lalu berkatalah seseorang kepada unta itu: Laknat ke atasmu, lalu didengar oleh Baginda SAW. Lalu Baginda menjawab: “Siapakah orang yang melaknat untanya sila pergi dari sini kerana perbuatannya itu akan menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah dan doanya tidak akan dimakbulkan ketika ia marah.” (Hadis riwayat Muslim)


Ini menunjukkan doa orang yang sedang marah akan ditolak Allah. Nabi SAW pernah menyarankan kepada mereka yang sedang marah supaya memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.



sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?page=579

03 October 2011

1 Cara Mudah Menyegarkan Wajah


Setelah sehari suntuk menjalani rutin harian, anda tentu letih. Bila badan letih, muka anda pun kelihatan kurang bermaya. Andainya anda ada temujanji di malam harinya, sama ada atas urusan perniagaan ataupun peribadi; tentu anda nak muka nampak segar, kan?


Begitu juga halnya jikalau anda seorang isteri. Tentu anda nak sentiasa kelihatan menawan di mata suami. Janganlah hanya cantik bila nak keluar rumah je. Tapi bila kat rumah, langsung tak dijaga. Kalau macam ni, jangan salahkan suami bila dia dah susah nak puji kecantikan anda tue.


Bagi mengatasi masalah ini, ada satu cara yang boleh anda gunapakai untuk menyegarkan wajah pada waktu malam. Iaitu dengan memakai masker wajah atau masker muka buatan sendiri.


Bahan-bahan untuk membuatnya pun ag kmudah untuk dicari. Iaitu;


1. 1 biji telur ayam.

2. 1 sudu teh madu.

3. Beberapa sudu makan susu.



Anda boleh gunakan sama ada susu pekat manis ataupun susu tepung. Oleh sebab saya takde susu tepung, jadi saya la pakai susu pekat sebagai ganti.


Sebelum - Ramuan Masker Wajah
Sebelum - Ramuan Masker Wajah



Cara membuat masker muka ni pula seperti berikut;


1. Anda campurkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan dalam satu bekas.

Boleh rujuk gambar di atas. :)

2. Kemudian, kacau bahan-bahan tadi sampai sebati.


Selepas - Ramuan Masker Wajah
Selepas - Ramuan Masker Wajah



3. Bila dah rata atau sebati, anda sapukan saja ia pada seluruh bahagian muka dan leher.

4. Biarkan ia kering dan mengeras iaitu kira-kira dalam 30 minit.

Oleh kerana saya pakai susu pekat manis, ianya taklah begitu keras. Tapi jikalau ada di antara anda yang pakai susu tepung, harap boleh kongsikannya pada ruangan komen nanti ya. :)

5. Selepas 30 minit, bilaslah masker wajah anda ni dengan air suam.

6. Akhir sekali barulah anda cuci dengan air bersih yang biasa digunakan.


Selepas membuat rawatan muka di rumah ni, saya yakin kulit muka anda akan lebih segar berbanding sebelumnya.


Selamat Mencuba!


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/06/1-cara-mudah-menyegarkan-wajah.html#ixzz1ZOIOLp3V