Hari ini merupakan hari yang amat bersejarah buat semua yang bergelar sebagai warga pendidik. Tarikh yang amat keramat bagi warga pendidik kerana hari ini merupakan 16 Mei, iaitu hari yang khusus diperingati khas oleh guru-guru. Saya yakin dan pasti, di saat guru bangun daripada tidur lagi, tentu ada dalam kalangan anak didikmu yang mengahantar kata-kata ucapan terima kasih atas jasa yang telah diberikan. Tidak kurang juga di zaman yang serba serbi moden ini, ramai yang menggunakan jalur lebar untuk mengucapkan penghargaan terhadap guru yang telah banyak menabur jasa dan bakti. Laman-laman seperti facebook, twitter dan juga blog menjadi santapan utama masyarakat sekarang, dipenuhi dengan pelbagai jenis ucapan dan kata-kata penghargaan khas buat guru. Pada tarikh ini, ramai yang menghadiahi guru pelbagai jenis hadiah. Daripada sekecil-kecil hadiah seperti kad ucapan hinggalah berupa barangan lain seperti telefon bimbit.
Walau bagaimanapun, amat dikesali kerana kebanyakan kita bahkan pelajar-pelajar sekalian hanya memperingati segala jasa dan pengorbanan guru pada 16 Mei sahaja walhal jika dilihat dari sudut perspektif yang lain, jasa mereka wajar dikenang bukan sahaja pada setiap 16 Mei tetapi juga sepanjang tahun. Sebagai pelajar, menghormati guru itu merupakan suatu perkara yang wajib selagi mana guru tersebut tidak mengarahkan kita yakni anak didiknya melakukan perkara yang dilarang oleh Islam. Namun begitu, kebanyakan daripada pelajar kini sudah hilang rasa hormat terhadap guru. Hal ini kerana kita tidak bersikap wala' terhadap guru kita. Segala arahannya kita tidak ikuti. Contoh yang acapkali sering berlaku ialah kerja rumah yang diberikan tidak disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Sahabat sekalian,
Sungguh, tidak dapat dinafikan bahawa guru adalah insan yang banyak berjasa kerana dengan ilmu yang diajarkannya kepada kita, maka kita boleh berdiri dengan teguh sambil memegang segulung ijazah sehinggakan ada yang menjadi lebih berjaya daripadanya seperti seorang doktor, arkitek, engineer, dan pelbagai jenis pekerjaan. Jujur secara peribadi, seorang guru tidaklah mengkehendaki mereka diberikan pengorbanan yang setinggi langit mahupun jasa mereka dibalas dengan pelbagai jenis hadiah. Tetapi hanya satu sahaja yang menjadi harapan seorang guru terhadap pelajar-pelajarnya iaitu ingin melihat pelajar ataupun anak-anak didiknya berjaya menjadi insan yang berguna di dunia dan juga insya allah di akhirat kelak. Itu sahaja harapan daripada seorang guru terhadap pelajar-pelajarnya. Guru mana sahabat yang tidak ingin melihat anak didiknya pulang dengan membawa segulung ijazah? Semua guru ingin melihat anak didiknya berjaya bahkan dalam setiap penghujung doa mereka, mereka tetap mendoakan kejayaan kita.
Kadang kita selalu melabel guru. Guru A ni bosan masa mengajar semua buat hal masing-masing, guru B pula garang, semua kerja rumah kena dihantar tepat pada masanya, kalau tak, adalah yang akan menjalani hukuman. Ini biasa dilakukan oleh pelajar. Dari dahulu sehinggalah sekarang. Apabila kita menyukai guru tersebut, segala arahannya kita akan patuhi tetapi apabila kita tidak menyukai guru tersebut, apa lagi, mulalah tunjuk taring. Perlu diingat sahabat, siapalah kita untuk melabel guru..Kita tidak layak duhai sahabat, kerana jasa yang mereka taburkan dalam mendidik kita. Bayangkan.. Seorang guru akan berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar yang tentu sahaja mempunyai pelbagai latar belakang dan juga karenahnya. Setiap pelajar mempunyai karenah tersendiri. Ada yang degil, pemalas, rajin, pendiam, mulut murai dan tidak ketinggalan pelajar yang terlalu bersosial pun ada juga. Kalau nak dikatakan, tekanan juga apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar sebegini terutamanya pelajar yang bermasalah.
Namun begitu, demi mencapai satu tujuan, langkah tetap diteruskan walaupun terkadang dalam mencapai tujuan itu, onak dan duri harus dilalui. Pengorbanan demi pengorbanan harus dilakukan demi untuk mendidik pelajarnya. Tenaga, fikiran, masa dan juga hati dikorbankan demi mencapai tujuan murni tersebut. Jika dilihat pada mata kasar, tugas sebagai guru tidaklah susah sangat tetapi apabila ditelusuri secara mendalam, masya allah..Berat sebenarnya tugasan sebagai guru ini. Tika mereka yang lain berehat daripada penat bekerja, guru masih memerah fikiran menyemak kertas dan memikirkan pengajaran yang akan diberikan pada muridnya untuk keesokan harinya. Tika guru dalam kepenatan mengajar, pelajar pula tidak menghargainya dan melawan katanya. Aduh, kasihanilah guru wahai sahabat. Betapa besarnya pengorbanan mereka.
Balaslah jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Jadilah insan yang berguna untuk agama dan juga negara. Janganlah kita alpa dan leka sehinggakan merosot dalam pelajaran. Apabila melihat buku rekod kemajuan, kebanyakan markah diisi dengan pen merah. Tentu akan terguris hati guru kita apabila segala ilmu yang diajarkan seolah-olah tidak dihargai. Jagalah akhlakmu teman. Jangan biadap dengan guru. Ingatlah adab ketika berkata dengan guru. Cukuplah kita menyakiti dan mengguris hati mereka. Mereka juga seperti kita, mempunyai hati dan perasaan. Jagalah hati mereka. Ini kerana doa seorang guru juga akan dimakbulkan. Ingatlah teman, jika guru sakit hati dengan kita, segala ilmu yang diajarkannya tidak akan berkat. Apabila ilmu tidak berkat, sudah tentu walau macam mana rajin pun kita telah berusaha, kita akan susah memahami pelajaran yang diajarkan. Apabila hilang keberkatan sudah tentu semasa menghadapi alam peperiksaan kita akan menghadapi kesulitan dalam menjawab.
Akhir kalam, hargailah jasa dan pengorbanan guru. Terima kasih guru kerana telah mendidik kami menjadi insan berguna di dunia dan insya allah di akhirat juga kelak. Terima kasih GURU !! Jasamu hanya Allah sahaja mampu membalasnya. Kami hanya mampu mendoakan kesejahteraan hidupmu. Semoga sukses dalam hidupmu guru. !! Kepada sahabat seperjuangan yang kebanyakan menjadi guru, murabbi dan juga murabbitun, jasa kalian semua akan tetap dikenang. Teruskan istiqamah dalam perjuangan sahabat. Jangan tewas dan mengalah dengan dugaan duniawi..Selamat Hari Guru.. Khas ditujukan buat semua warga pendidik.. Kamu semua TERBAIK ..
salam. selamat hari guru kepada
ReplyDeleteguru-guru pasti
guru sekolah rendah
guru sekolah menengah
pensyrah
cikgu sekolah agama
cikgu sekolah kebangsaan
cikgu sekolah teknih
dan semua cikgu
Terima kasih atas ucapannya.. Terima kasih kerana sudi melayari blog Nisa' Kawasan Tawau.
ReplyDelete