Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

30 October 2009

Kekosongan Jawatan Penyelaras/ Warden Sepenuh Masa

Kekosongan segera!!
Satu jawatan

PENYELARAS/ WARDEN SEPENUH MASA

di
RAUDHAH
(Pusat Pemulihan Wanita & Remaja Bermasalah) PUM PP
.

Pertanyaan boleh hubungi
WAHIDA 0195989382 atau email: pumpenang@yahoo.com.
Maklumat Raudhah boleh layari blog
http://www.perjalananpulang.wordpress.com.

Sila Sebarkan.
-Terima Kasih-

28 October 2009

JEMPUTAN KE PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan (3P) pada ketetapan berikut:

Tarikh : 31 OKTOBER - 1 NOVEMBER 2009 (SABTU DAN AHAD)
Masa ; 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
Tempat : DEWAN MASYARAKAT TAWAU, SABAH

Antara aktiviti yang dijalankan adalah temuduga terbuka dengan sekurang-kurangnya 1,460 jawatan kosong untuk pelbagai kategori dan peringkat, ceramah kerjaya, pameran dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan, pendaftaran dan pengemaskinian pencari kerja, pameran kerjaya dan khidmat nasihat kerjaya.

Pihak tuan adalah dijemput hadir beramai-ramai dengan membawa dokumen asal dan salinan sijil-sijil akademik dan resume. Sila berpakaian kemas untuk menghadiri sesi temuduga yang dijalankan serta-merta pada program tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 089-761695 (Untuk Perhatian : Encik Abdul Halim Abdullah / Encik Mohd. Redha / Encik Mohd. Razif).
Sekian, terima kasih.

Unit Perkhidmatan Pekerjaan, PTK Tawau

15 October 2009

05 October 2009

Pengumuman Penting Buat Semua AJK(Penggerak) NISA Seluruh Sabah

Assalamualaikum wwt..

Pengumuman ini ditujukan khas buat semua AJK Penggerak NISA di seluruh Sabah [yang masih berada dalam liputan - dalam n luar negeri]. NISA Team Building Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 6-8hb November 2009
Bertempat di Kota Kinabalu (tempat spesifik akan dimaklumkan kemudian)

Justeru itu, [memandangkan capaian yang terlalu luas ("_,) ] kami war-warkan di sini sekali lagi untuk makluman dan tindakan semua AJK NISA Negeri Sabah. Sila berhubung dengan AJK Perhubungan di talian 0148618318 (Sdri Fatmawaty) untuk maklumat lanjut. Atau boleh terus kepada Pengarah Program, Puan Nur Khairani di talian 0169441862.

~Jangan ada segan, jangan ada malu.. Mari rapat, mari dekat~
NISA Connecting Youth
`NISA SABAH`

04 October 2009

Walimah Ketua Perhubungan Awam, NISA Neg Sabah

NISA Negeri Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat Ketua Perhubungan Awam, NISA Negeri Sabah yang telah selamat diijabkabulkan, 5 Syawal 1430H baru-baru ini. Semoga Baitu' Dakwah yang dibina kekal hingga menanti ke "Pintu Syurga". Amin..

Untuk berita lanjut, boleh layari laman bloggers sahabat-sahabat NISA Tawau & Unit Amal Tawau yang lain ("_,)..

Ukhtie Rozianah, NISA Kawasan Tawau


Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada Siti Aminah Soga dan pasangannya, Adib yang baru melangsungkan pernikahannya pagi tadi di Masjid Al- Kauthar..Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke akhirnya..dgn kata lain "Bercinta Sampai Ke Syurga"...

Nampaknya tahun ni dah 2 orang yang dekat denganku (sahabat) yang mengakhiri zaman bujang mereka. Insya Allah, hujung tahun ni akan ada lagi yang akan menurut jejak mereka ni..siapa? tunggu...hehe..Cepat jodohmu Min, kakakmu ni ramai yang jeles :)

Alhamdulillah, Majlis yang serba ringkas ini dihadiri sanak saudara dan sahabat handai daripada kedua belah pihak yang agak ramai berbanding pasangan pengantin lain ( ada 3- 4 pasanagan pengantin pagi tadi). Dalam masa yang sama, dapat mengumpulkan semula generasi baru dan lama PERPPIS, NISA', UNIT AMAL kawasan Tawau.


6 Syawal 1430H
25 Sept 2009

Laman lain:
Ilham Pemuda, Unit AMAL Tawau
Ana Hidayat, Unit AMAL Tawau

02 October 2009

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

Email : Nik Noor Azman Ghazali

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.



--------------------------------------------------------------------------------

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/