Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

20 July 2010

Sana Sini

Assalamualaikum...

Sekian lama blog Nisa' tidak punyai entry baru. Bukan tidak punya cerita mahupun berita, cuma kesibukkan insan- insan yang dipertanggungjawabkan untuk memeriahkan blog ini yang sepatutnya dipersalahkan. Namun, apakan daya kerana kami juga insan biasa yang tak lepas daripada kesilapan demi kesilapan.

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung setia blog Nisa' Tawau yang tak jemu- jemu memberi sokongan dan semangat supaya Nisa' Tawau terus menyampaikan isu, berita dan aktiviti tentang Nisa' Tawau. Kepada pengunjung di ruangan sembang, mohon maaf atas kelewatan membalas komen- komen anda semua. Teruskan kesetiaan anda bersama Nisa' Tawau dengan cadangan dan komen yang membina. Kami sangat menghargai kesetiaan kalian.

Ingin bercerita mengenai kenaikan harga minyak dan harga gula yang sudah tidak diberikan subsidi lagi oleh kerajaan. Inilah antara isu yang agak 'panas' tika ini. Namun, kita berkeyakinan bahawa kesannya bersifat sementara. Selepas ini, kita akan hidup seperti biasa bagai tidak ada yang berlaku. Semua ini perlu untuk difikir- fikirkan bersama. Ruang dan peluang sebagai rakyat biasa tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh sahaja. Segalanya di hujung jari. Buka hati dan mata kita bersama agar kita tidak menjadi insan yang hanya mampu melihat dan mendengar sahaja.

Terfikir di benak akan nilai wang yang semakin tinggi harganya. Segalanya kerana wang. Mungkin jika ditanya mengapa kita belajar dan bekerja bersungguh- sungguh, maka jawabnya kerana tidak mahu hidup susah dan derita kerana tidak punyai wang untuk memenuhi kehendak yang pelbagai. Maka tidak hairanlah manusia sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kesenangan yang fana sifatnya. Jenayah dan perlakuan yang tidak masuk akal hari ini adalah dorongan hawa nafsu manusia yang mencari kesenangan dan keseronokkan yang bernilai material. Justeru, dalam entry yang ringkas ini marilah kita berfikir dengan mata hati anugerah Allah. Segala macam yang telah berlaku di sekitar kita hari ini adalah teguran Allah buat kita hambaNYA yang selalu terleka. Sama- sama kita mendoakan agar seluruh umat Islam terus berpaut hanya pada tali Allah sahaja. Mudah- mudahan kita juga selalu menjadi insan yang memberi manfaat pada orang lain hingga akhir hayat kita. Amin..

Salam Manis...

01 June 2010

Hancur Israel!!!

Nisa' Kawasan Tawau
mengutuk sekeras- kerasnya kekejaman dan kebiadapan Israel laknatullah..
berikutan peristiwa 31 Mei 2010 serta pelbagai lagi jenayah kezaliman yang telah dilakukan

Semoga semua ini menjadi peringatan buat seluruh umat Islam bahawa kita punya saudara yang dibunuh, disembelih dan dizalimi

Doa' kita mengiringi saudara- saudara seagama kita di Palestin serta para pejuang Islam yang bertebaran di seluruh dunia


اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.



16 May 2010

SELAMAT HARI GURU




Buat semua insan yang bergelar guru...

Selamat Hari Guru...

Terima Kasih atas segala curah bakti yang diberikan...

Teruskan mendidik insan

menjadi

Generasi Pintar Soleh...

Moga Allah Merahmatimu wahai para guru...

~ Ingatan Tulus Ikhlas daripada Nisa' Kawasan Tawau ~