Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

26 January 2009

Lensa Indoor Games@Kota Kinabalu


Majlis penutupan


Snake & Ladders gergasi

Kontinjen Nisa' Tawau layak ke final..[tapi tidak berjaya meraih pingat] huhu
"Orang kuat" Indoor Games

Dart..

Ada gaya lah..

Antara gerai yang memeriahkan suasana


Peserta dari SMK (P) Likas

Peserta dari SAHABAT (persatuan muallaf sabah)
Ceper yang comel

25 January 2009

Kisah ketika NISA' INDOOR GAMES @ Kota Kinabalau


Alhamdulillah..Seramai enam orang kontinjen Nisa' Kawasan Tawau berjaya menghadirkan diri ke Nisa' Indoor Games peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 24-25 Januari lalu. Ternyata niat awal untuk sekdar menjadi pemerhati dan memeriahkan program berubah sama sekali apabila ketua kontinjen, Cik Aisyah Izzah memutuskan agar kami berlima (Aisyah, Hasnuri, Rosnah, Jumriati dan Amirah) turut serta dalam serta setiap "games" yang dipertandingkan. Cik Fatmawaty yang juga mewakili kawasan Tawau tidak menyertai kontijen bumi peladang kerana diamanahkan untuk membantu urusetia program menyelesaikan beberapa perkara yang belum selesai.

Mahu tidak mahu, terpaksa wala' pada arahan "bos". Walau dengan kostum yang tidak sesuai untuk bermain (berjubah dan berbaju kurung) kami rempuh sahaja. Janji kami menunjukkan semangat bermain yang tinggi dan berniat hanya untuk memeriahkan majlis. Bukanlah untuk meraih pingat dan hadiah. Tapi kalau menang, Alhamdulillah..rezeki namanya. Dalam 5 acara yang dipertandingkan (dart, dam, ceper, karom dan snake & ladder), kawasan Tawau berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan dart dan ke peringkat akhir dalam pertandingan ceper dan snake & ladders (tapi kalahlah.. :)). Kami tidak menyangka ada juga piala yang di bawa balik. Alhamdulillah...

Apapun jua, kami sangat kagum dengan Nisa' Kota Kinabalu selaku tuan rumah yang bersungguh-sungguh merealisasikan amanah Nisa' Negeri untuk menganjurkan Indoor Games ini. InsyaAllah, tahun hadapan kami ingin ke Sandakan pula. Harap Nisa' Sandakan bersedia menerima kunjungan kami. Kali ini kami janji akan lebih bersedia dan memberi saingan yang sengit (Nisa' Sandakan antara kontinjen terbaik sepanjang Indoor Games).

Jutaan terima kasih juga kami ucapkan buat Che' Na dan Muaz yang sudi menumpangkan kami dan melayan karenah kami sepanjang berada di Kota Kinabalu. Terasa benar manisnya ukhuwwah yang diikat dengan ikatan akidah ini. Walau baru bersua, terasa sudah ada ikatan hati yang telah tersimpul erat.

Akhirnya, sekalung tahniah buat semua yang telah menjayakan Nisa' Indoor Games samada sebagai barisan penganjur mahupun peserta. Sesungguhnya komitmen yang telah ditunjukkan merupakan usaha murni dalam membuktikan bahawa sukan ataupun permainan tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Asal saja apa yang dilakukan menurut batasan syariat. Sesungguhnya usaha sebegini adalah langkah proaktif NISA' menyedarkan masyarakat bahawa Islam itu cara hidup yang syumul lagi sempurna..


21 January 2009

NISA' INDOOR GAMES 2009

TARIKH : 24 Januari 2009 (SABTU)
TEMPAT : Ruang Letak Kereta Mahkamah Syariah (Wisma Muis) & Madrasah Islamiyah Masjid Negeri, Kota Kinabalu
MASA : 7 pagi- 5.30 petang

Menarik menanti anda!

ACARA:

(10.00 AM - 12.00 PM)

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
(Walk-in / Terbuka)
Kategori A: 4 - 6 tahun
Kategori B: 7 - 9 tahun

Pertandingan Word Power
(Walk-in / Terbuka)
Kategori A: 10 - 12 tahun
Kategori B: 13 - 15 tahun

Penyampaian Hadiah Pertandingan


DEMONSTRASI:
Demonstrasi Seni Pertahanan Diri
(10.00 AM - 12.00 PM)
Taekwan - Do
Seni Silat Gayong

Demonstrasi Masakan
(11.00 AM)
" 30 - Minutes Healthy Cooking "
Oleh: Chef Shangri - La Hotel

Sebarang persoalan, sila hubungi: Ain - 0199893720 / Suhaina - 0138309144

"Jangan ketinggalan raikan bersama
Program seisi keluarga, serumpun masyarakat"

19 January 2009

Sekitar Kursus Pengurusan Organisasi

sesi soal jawab

adik-adik ajk pendaftaran yang sedia menanti seawal pagi lagi..



Pn. Hajah Hasnah (Timb DMPKT) membentangkan kertas kerja 1






khusyuk mendengar taklimat