Sekapur sirih

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Semoga kalian mendapat info-info baru dan bermanfaat untuk diketahui dan diamalkan insya allah.

30 April 2009

SEKITAR LAWATAN KE WAD BERSALIN

Bertukar-tukar cerita dan pengalaman bergelar ibu :)

Mengambil peluang beramah mesra dengan "ibu".. [timba pengalaman ya :)]

Para jururawat yang ceria dan mesra melayan ahli Nisa'

Lawatan dimulakan dengan doa. Mencari redha dan berkatNya

23 April 2009

Tahu, Tak Tahu

Tahukah anda?? :
1. Belut elektrik mampu mengeluarkan arus elektrik yang mampu menyalakan 12 buah lampu dan mampu membunuh manusia! Elektrik yang terdapat di tubuh belut ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membunuh mangsanya.

2. Helang mempunyai jarak penglihatan yang terbaik di kalangan haiwan. Helang mampu melihat mangsanya pada jarak sejauh 3 km.Labah-labah betina akan membunuh dan seterusnya memakan pasangannya (labah-labah jantan) sebaik selesai mengawan.

3. Burung terbang jauh bagi mengelakkan musim sejuk. Contohnya, burung-burung di kawasan kutub utara (Artik) boleh terbang sejauh lebih kurang 17 500 km menuju ke kutub selatan (Antartika) dan kemudian berpatah balik ke artik setiap kali perubahan musim berlaku . Apa yang menarik ialah mereka tidak pernah tersilap jalan – sesuatu yang masih menajdi fenomena (sesuatu yang mash belum terjawab) tetapi saintis percaya burung-burnug ini mungkin menjadikan medan magnnetik bumi sebagai 'penunjuk arah' mereka.Nyamuk mengepakkan sayapnya sebanyak 500 kali dalam tempoh satu saat.

4. Pernahkah anda terfikir, mengapa ular suka 'menjelirkan' lidahnya keluar? Ular menjulur lidahnya keluar dan masuk kerana ingin mengetahui keadaan udara di sekelilingnya. Ular mempunyai sebuah organ di lelangitnya yang boleh menguji udara yang 'terlekat' pada lidahnya.

5. Haiwan apakah yang paling besar di muka bumi ini? Jawapan dinosaur adalah salah, kerana Ikan Paus Biru yang masih wujud sehingga kini adalah lebih besar dari dinosaur yang paling besar. Paus biru mempunyai berat sebanyak 150 tan atau 150 000 kilogram atau seberat 30 ekor gajah.'Ikan Paus' bukanlah ikan. Ia adalah mamalia kerana bernafas melalui peparu - sama seperti manusia dan bukan melalui insang seperti ikan-ikan lain.Paus biru ialah haiwan yang mampu mengeluarkan bunyi yang paling bising sekali. Ia mampu mengeluarkan bunyi yang mampu didengari oleh manusia yang berada sejauh 850 km darinya.

6. Kura-kura merupakan haiwan yang boleh hidup paling lama - iaitu sekitar 150 tahun. 152 tahun adalah rekod paling lama pernah dicatatkan.

7. Haiwan mana yang akan menang jika berlumba? Bukan arnab atau kura-kura, sebaliknya sejenis burung layang-layang. Dalam sejam ia mampu terbang sejauh 170 km (halaju 170 km/j). Harimau bintang pula menang dalam kategori haiwan darat terpantas iaitu dalam sejam ia mampu berlari sejauh 105 km. Jadi apabila berjumpa harimau, jangan lari.

8. Jangan lari jika terserempak harimau kerana ia jauh lebih pantas dari manusia. Jadi apa harus buat? Jangan panjat pokok kerana harimau menyimpan bangkai haiwan buruannya di atas pokok! Tetapi didapati haiwan ini menghadapi kesukaran apabia ingin turun semula ke bawah selepas memanjat pokok.

9. Sejenis ular 'Rattlesnake' boleh 'melihat' haba - sesuatu yang mustahil bagi manusia kerana kita merasa haba melalui kulit. Kebolehan ini digunakan reptilia ini untuk menangkap haiwan pada waktu malam.


By: AnakBulan

21 April 2009

SHUFFLE & SHUFFLER


sy sbenarnye seorg shuffler….
shuffle tue adalah sebuah tarian barat yg
dibawa ke MALAYSIA…

bkn semua shuffler berkelakuan sedemikian…
hanya segelintir sahaja..

utk pengetahuan semua,shuffle di Malaysia
kini telah di ubahsuai…kalau di luar negara,mereka semua
perlu minum ‘arak’ utk mengkhayal kan diri mereka smbil menari…
ttapi di MALAYSIA,kami sbagai shuffler, telah menukar budaya tersebut…

di negara luar, mereka menjdikan ‘arak’ itu sbagai satu calture sbelum mereka ber-shuffle….

so, jgn lah membenci kami…kerana shuffle itu seni….
skrang nie dah banyak competittion yg di anjur kan oleh
rakan muda,ribena dan bnyk lagi…


Luahan hati salah seorang shuffler yang saya petik dari salah satu blogs yang saya temui semasa mencari maklumat dan informasi tentang SHUFFLE. Budaya yang semakin mendapat tempat di kalangan remaja sehingga, kanak-kanak seawal usia 4 tahun sudah mula bercerita tentang shuffle. Lihatlah betapa "hebatnya" kesan dan pengaruh shuffle.

Sejarah SHUFFLE bermula di Melbourne, Australia lewat 1980an. Shuffle merupakan sebuah tarian gerak pantas yang diiringi muzik tchno. Sebelum bershuffle, para shuffler akan meminum arak terlebih dahulu untuk mengkhayalkan diri mereka.

Demikian serba sedikit sejarah shuffle. Saya tidak mahu membahas panjang tentang sejarah dan asal usul shuffle. Sekadar inigin kita berfikir dan merenung, lihatlah sikap dan jati diri anak Melayu yang agamanya adalah ISLAM. Mudah sangat menjadi Pak Turut tetapi susah sangat hendak taat dan patuh. Pak turut pada budaya-budaya songsang ciptaan barat yang nyata dan terang hanya mahu merosakan jati diri muslim di dalam diri dan jiwa. Namun sukar benar hendak taat dan patuh pada ajaran ISLAM yang terang lagi nyata satu ad-deen (cara hidup) yang menjamin keselamatan dunia dan akhirat.

Lebih menyedihkan, daerah Tawau yang tidak seberapa pesat pembangunannya ini, rupa-rupanya sangat pesat membangun dari sudut keruntuhan nilai moral dan sakhsiah anak remajanya. Berdasarkan "sembang-sembang" mengcungkil maklumat daripada anak-anak didik, saya dimaklumkan, sudah pernah pertandingan shuffle ini dianjurkan secara besar-besaran di DEWAN MASYARAKAT TAWAU [dewan paling besar di daerah Tawau]. Lebih memilukan, antara penggerak utama penganjuran pertandingan shuffle itu adalah salah seorang GURU di daerah Tawau.

Pasti golongan yang terlibat dengan budaya shuffle ini akan berusaha mempertahankan pandangan positif mereka mengenai budaya barat ini. Antara hujah yang sering dikemukakan, ianya adalah hanya sejenis tarian yang dapat menyihatkan badan. Namun mereka lupa, aksi "terkinja-kinja" mereka dihadapan penonton dan peminat setia mengundang kepada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan yang jelas nyata HARAM disisi syariat.

Saranan saya, golongan ibu bapa perlu peka kepada keadaan semasa. Jadilah ibu-bapa yang berilmu dan bertaqwa agar mampu memainkan peranan pencorak kepada jati diri dan peribadi anak-anak agar menjadi insan yang soleh-solehah. Bukankah anak-anak yang soleh-solehah inilah aset kita bila sudah dijemput pulang olehNYA?

Kepada para remaja, sememangnya darah muda ini sering bergelora ingin mencuba sesuatu yang baru. Namun, sedar dan sentiasa ingat, hidup punya had dan batas. Syariat jangan sampai dilangkaui dan dirempuh sesuka hati. Dunia anda masih kecil. Pengalaman masih kurang. Menempuh hidup yang sangat mencabar ini, tidak hanya memerlukan rakan sebaya sebagai teman. Tetapi kalau mahu bahagia dan selamat hingga ke akhir hayat, bertemanlah dengan orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa. Inilah jaminan keselamatan yang HAKIKI.

Saya paparkan beberapa gambar dan video untuk kita renung, teliti dan muhasabahkan... sejauh mana shuffle ini memberi impak positif kepada diri remaja hingga ianya perlu diterima sebagai satu BUDAYA.



video

19 April 2009

~~Warkah Buat Calon Zaujku~~


Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam, ahlul bait, para sahabat, serta pejuang agama Allah yang telah syahid mahupun yang terus berjuang hingga ke detik ini…

Salam sejahtera juga salam perjuangan buat calon zaujku yang dihijab pertemuan oleh-Nya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah dengan memohon keredhaan-Nya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redha-Mu. Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur Kasih-Nya.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman yang soleh, bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah...

Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap relung doaku pada-Nya, dalam setiap tunduk sujudku, dalam setiap ibadat hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaan-Nya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram daripada nur keimanan lantaran cahayanya yang malap dan zulmat. Naudzubillah…

Calon zaujku yang dirahmati,
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…
Jika agama yang lebih aulah buatmu, aku juga begitu. Aku mensyaratkan ketakwaan dalam memilihmu…

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan keindahan paras yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu dan ketinggian takwamu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah SWT.

Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu, lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat:13)
Calon zaujku yang telah dijanjikan-Nya, "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". (An-Nisa':34)

Surah yang memberikan kemuliaan buatku dan insan yang bergelar wanita. Aku merasa begitu istimewa sehinggakan Allah menukilkan pesanan-Nya dalam surah khusus buatku. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakiku. Justeru, bimbinglah aku untuk menjadi mutiara berharga itu.

Aku tidak mendambakan harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata untuk kaupersembahkan dalam hidupku. Namun, aku hanya mahu kau berjanji memberiku hantaran yang paling berguna untuk kita berdua melayari bahtera kehidupan sepanjang zaman. Itulah panduan-Nya, Qalamullah dan Qalamrasulullah... Islam menegaskan agar kaubimbing diriku mengenal Allah, zat Yang Maha Agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali aku mengeluh, aku hanya insan lemah. Namun, kau selalu menyedarkan aku. “Kelemahan itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatku. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka. Ia lahir daripada jerih doaku, penat sabarku dan lelah tabahku.”

Pesanmu lagi, “Akal senipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman dan takwa. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Aku tidak lupa pesananmu itu.

Lantas, bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.


artikel di cadangkan oleh : Aqillah Nasir Ketua Unit Kerjaya


[lama menyepi blog ni..tetiba keluar entry..hmm..memberi maksud yang mendalam..saja nak panaskan blog yang dah suam-suam kuku :) ]

14 April 2009

Mohon ruang bernafas


Selaku moderator, wasilah maya Nisa' Kawasan Tawau, saya memohon sejuta kemaafan atas "kelembapan" blog akhir-akhir ini. Saya akur bukan soal tidak mempunyai kemudahan, bahkan saya mempunyai ruang untuk berada dihadapan laptop dan mengakses internet lebih daripada 12 jam. Namun, sedikit kebuntuan idea mencorak blog tunggal Nisa' Kawasan Tawau ini.


Setelah merenung langkah dan strategi terbaik memastikan blog ini sentiasa segar, berinformasi dan terkini, saya telah menjadikan blog ini tanggungjawab semua ahli usrah pimpinan Nisa'. Tidaklah beban ini hanya saya yang galas :D


Objektif lain idea ini adalah memberi ruang untuk pimpinan Nisa' menyumbangkan karya dan buah fikiran mereka. Semoga usaha dan sokongan yang diberikan oleh semua pimpinan Nisa' Kawasan Tawau akan menjadikan blog ini terus menjadi rujukan dan sumber informasi buat semua ahli nisa' dan masyarakat Tawau khususnya dalam mengenali Nisa' Kawasan Tawau dengan lebih mendalam.


Nisa' ~ Penghubung Generasi Muda ~


~amirah izzati yasse ~